Skip to main content
Satu Lagi Outlet Di Dalam 1 Utama Yang Ada P0SlTIF C0VlD

KUALA LUMPUR: Seorang perunding kecantikan di Elite Parkson, Pusat Membeli Belah 1 Utama, Petaling Jaya disahkan positif COVID-19 selepas keputusan saringan pada Rabu.

Menurut Parkson Malaysia menerusi entri terbaharu di Facebook memaklumkan, perunding kecantikan berkenaan bertugas di bahagian kosmetik dan wangian di tingkat G premis membeli belah itu.

Parkson sahkan perunding kecantikan di 1 Utama positif COVID-19

Proses disinfeksi sedang dijalankan di sekitar premis terbabit yang terletak di pusat membeli belah 1 Utama di Petaling Jaya.- Foto Facebook Parkson Malaysia

Kerja-kerja sanitasi dan disinfeksi sedang dijalankan seperti mana ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Kami telah menutup premis Parkson Elite 1 Utama bagi proses sanitasi dijalankan seperti mana ditetapkan oleh KKM.

"Premis kami akan ditutup sementara bagi proses mitigasi risiko jangkitan dan akan dibuka esok dengan kakitangan baharu," jelasnya dalam kenyataan media pada Khamis.

Pada masa sama, semua kakitangan turut menjalani ujian saringan dan dinasihatkan kuarantin kendiri selama 14 hari.

Pengurusan Pusat Membeli Belah 1 Utama turut memaklumkan pengesanan kontak rapat masih dijalankan ketika ini.

Sumber : ASTRO AWANI

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.