Skip to main content
Sandakan, Papar, Tuaran dan Klang kawasan PKPB baru di empat zon merah bermula 9 Oktober

KUALA LUMPUR: Kerajaan setuju melaksanakan Perintah Kaw4lan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sandakan, Papar dan Tuaran di Sabah serta Klang, Selangor bermula 9 Oktober 2020.

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata empat kawasan tersebut merupakan kawasan yang baharu diklasifikasikan sebagai zon merah di Sabah dan Selangor kerana mempunyai lebih 40 kes positif C0VID-19.

Kawasan-kawasan tersebut adalah Sandakan, Papar, Tuaran serta di Klang.

Melihat kepada peningkatan kes COVID-19 di kawasan-kawasan tersebut, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan PKPB bermula 9 Oktober 2020.

— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) October 7, 2020

Ismail Sabri: 363 arrested for flaunting RMCO regulations | Malaysia | Malay Mail

"Pelaksanaan PKPB ini bagi membendung jangkitan dan penularan C0VID-19 dalam daerah tersebut serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.

"Pergerakan keluar masuk di ke empat kawasan PKPB ini adalah tidak dibenarkan.

"Hanya Perkhidmatan Perlu (Essential Service) termasuk kilang-kilang dan rantaian yang berkaitan dalam perkhidmatan perlu adalah dibenarkan," katanya pada sidang media menerusi laman Facebook Live pada Rabu.

Pergerakan keluar masuk di ke empat kawasan PKPB ini adalah tidak dibenarkan.

Hanya Perkhidmatan Perlu (Essential Service) termasuk kilang-kilang dan rantaian yang berkaitan dalam perkhidmatan perlu adalah dibenarkan.

— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) October 7, 2020

Kata Ismail lagi, pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI) akan menyenaraikan jenis perkhidmatan perlu yang terlibat di kawasan tersebut.

Antara prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan:

• Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan untuk keluar bagi tujuan mendapatkan bekalan makanan/keperluan rumah.

• Perniagaan Bukan Perkhidmatan Perlu (Non Essential Service) hendaklah ditutup.

• Restoran, kedai makan, kedai runcit dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi antara 6 hingga 6 petang.

• Pembelian makanan hanya menggunakan kaedah pandu lalu,penghantaran (delivery) dan take-away sahaja.

• Waktu operasi stesen minyak antara 6 pagi hingga 6 petang sahaja.

• Operasi pasar harian adalah antara hingga 6 pagi hingga 2 petang sahaja.

• Operasi pasar malam, tamu, pasar borong, dan pasar tani adalah tidak dibenarkan.

• Waktu operasi klinik dan hospital kerajaan dan swasta dibenarkan secara 24 jam.

• Farmasi dan kedai menjual ubat-ubatan beroperasi mulai 6 pagi hingga 6 petang sahaja.

• Kenderaan yang membawa barangan keperluan (essential) dibenarkan keluar masuk dengan mendapatkan kebenaran PDRM terlebih dahulu.

• Perkhidmatan teksi/e-hailing (maksimum 2 penumpang) dan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam sahaja.

• Perkhidmatan bas ekspres dan bas henti-henti tidak dibenarkan beroperasi.

• Bagi kes kecemasan adalah dibenarkan tetapi perlu mengemukakan permohonan pergerakan kepada pihak berkuasa.

• Penduduk yang bekerja tidak dibenarkan keluar dari kawasan dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh PKPB.

• Majikan hendaklah mematuhi perintah ini dan membenarkan pekerja bercuti atau bekerja dari rumah.

• Kebenaran untuk bekerja hanya bagi Perkhidmatan Perlu (essential service) dengan kelulusan PDRM.

• Masjid, Surau, rumah ibadat bukan islam, Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, Institut Latihan Kemahiran, Sekolah, Tadika, Taska, Pusat Tahfiz, Pusat Jagaan Kanak – Kanak adalah ditutup.

• Semua Aktiviti Sukan, Rekreasi, sosial, dan budaya adalah tidak dibenarkan.

Tambahnya, bagi memastikan pematuhan perintah itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Pihak Berkuasa Tempatan dan pegawai yang diberi kuasa, akan mengawal seluruh kawasan terlibat.

"Semua penduduk diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa," katanya.

Respon Menteri Besar Selangor

Dato-Menteri-Besar-Amirudin-Shari-1 - Suara Perak

Esok saya akan perhalusi, pandangan semua pihak harus di teliti dari aspek perebakkan kes hingga penguatkuasaan

— Amirudin Shari (@AmirudinShari) October 7, 2020

Sumber: Awani, BERNAMA, Twitter

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.