Skip to main content
“Salam Papa, Emir Kenalkan Nur Amirah, Anak Perempuan Papa” – Wan Emir

Hampir sebulan mendirikan rumah tangga, baru-baru Mira Filzah berkongsikan momen menarik apabila dia bersama suaminya, Wan Emir Astar pulang ke kampung bagi menyambut ulang tahung kel4hiran datuk serta opahnya.

Menerusi perkongsian itu juga, Mira kemudian di bawa oleh Wan Emir pulang ke kampung halamannya pula untuk menzi4rahi pus4ra arw4h bapa mentuanya serta bertemu dengan datuk dan neneknya.

Apa yang menjadi perhatian adalah perkongsian Wan Emir yang cukup menyentuh hati netizen apabila pasangan itu ke ke pus4ra Allahy4rham bapa Emir sebelum bergegas ke Masjid Ubudiah, Bandar Diraja Kuala Kangsar untuk menghadiri majlis tahlil.

Lebih sebak Wan Emir bermonolog memperkenalkan Mira sebagai isterinya dan mengatakan bahawa dia akan menyayangi isterinya sebagaimana bapanya mencurahkan rasa cinta pada ibunya.

"Salam papa… Emir kenalkan Nur Amirah, anak perempuan papa… satu-satunya yang dipilih untuk saya dan saya untuknya. Saya akan mencintainya seperti mana papa menyayangi ibu, dengan penuh tanggungjawab dan semangat.

"Halalkan segalanya dan ampunkan dosa ibu, Emir dan adik-adik… serta kata-kata terakhir papa 'turn over a new leaf'.

"Maka izinkanlah Emir dan Amirah meneruskan kehidupan 'membina masjid' dengan keberkatan daripada segala bakti papa yang telah mendidik dan mengasihani Emir sejak lahirnya ke dunia ini," katanya.

Bersama kapsyen tersebut, Wan Emir berkongsi foto dia dan isteri serta keluarga menzi4rahi kubur bapa tersayang dan mengadakan majlis tahlil di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar, Perak pada Khamis lalu.

Mira Filzah, 27, dan suaminya Wan Emir Astar mendirikan rumah tangga pada 3 September lalu di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur.

Wan Emir merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datin Mastura Mohd Yazid dedah mira filzah bakal jadi menantu | Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini

Dalam pada itu, Wan Emir berterima kasih kepada keluarga kerana sentiasa mendoakan yang terbaik sehingga mereka sah bergelar suami dan isteri.

"Terima kasih papa dan ibu, abah dan mak kerana anda semua ibu bapa yang sentiasa mendoakan dan memberi restu, sekarang ini kami suami dan isteri, mencari keredaan dan rahmat dari Allah SWT.

"Kami rindu papa… setiap hari. Jaga papa untuk kami Ya Allah!," ujarnya.

Foto kenangan… Wan Emir (dua dari kiri) bersama arw4h bapa (tengah) dan tiga adiknya.

Bapa Wan Emir iaitu Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad mninggal dunia dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei 2016.

Allahy4rham ketika itu merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Bukit Chandan, Perak.

View this post on Instagram

Majlis Tahlil Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar @ Masjid Ubudiah, Bandar Diraja Kuala Kangsar vc: @harizayiz

A post shared by WAN EMIR ASTAR (@wanemirastar) on Oct 1, 2020 at 8:01am PDT

Diruangan komen rata-rata tumpang gembira melihat pasangan tersebut pulang ke kampung bertemu insan tersayang dan mendoakan semoga mahligai perkahwinan yang dibina kekal hingga ke syurga.

Sumber: Rotikaya, mStar

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.