Skip to main content
Sahut Cabaran Kak Lina, Datuk Fizz Fairuz Nyanyi Lagu ‘Empat Dara’ -“Haa Masuk”

Sharing is caring!

Nama selebriti Elly Mazlein bukanlah asing lagi dalam dunia seni tanah air. Daripada platform nyanyian sehinggalah bidang lakonan, bakat yang ada tidak pernah disia-siakan untuk dicungkil. Malah perangainya yang 'masuk air' itu mampu membuatkan para peminat tidak kering gusi melihatnya.

BACA : Anak Beranak Paling 'Over', Kemunculan Bonda Dona Bikin Sekeluarga Huru-Hara

Buat yang megikuti drama 'Kampung People 2', pasti mengingati babak lucu dua beranak iaitu Mona dan Bonda Dona sewaktu menyanyikan lagu berjudul 'Empat Dara'. Terbaharu menerusi entri di Instagram, Elly Mazlein atau lebih mesra disapa sebagai Kak Lina menyanyikan semula lagu tersebut dan mencabar warganet untuk menyambungnya.

Bagaimanapun, cabaran nyanyian 'Empat Dara' itu berjaya disahut oleh pelakon terkenal Datuk Fizz Fairuz. Dikongsi menerusi IG isterinya Datin Almy Nadia, pelakon drama 'Kampung People 2' itu dilihat sakan meniru cara nyanyian unik Kak Lina. Lebih menghiburkan lagi apabila beliau turut mengenakan selendang dan menyanyikan dengan cara tersendiri.

Meraih hampir 200 ribu tontonan sejak dikongsikan kepada umum, klip video tersebut turut dihujani dengan pelbagai reaksi daripada netizen. Di samping terhibur menyaksikan nyanyian itu, rata-rata mereka  turut berseloroh mengenai penampilannya yang lengkap berselendang.

Sahut Cabaran Kak Lina, Datuk Fizz Fairuz Nyanyi Lagu 'Empat Dara' -"Haa Masuk" 2

Sahut Cabaran Kak Lina, Datuk Fizz Fairuz Nyanyi Lagu 'Empat Dara' -"Haa Masuk" 3

Sahut Cabaran Kak Lina, Datuk Fizz Fairuz Nyanyi Lagu 'Empat Dara' -"Haa Masuk" 4

Sumber : Instagram iamellymazlein, almynadiaofficial

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!