Skip to main content
Safawi bru je berangkat ke Portugal. Rupanya Syifa ada berjanji kpd keluarga Pawi

Keberangkatan pemain skuad Harimau Malaya iaitu Safawi Rashid ke Portugal tempoh hari ditemani ahli keluarga, rakan karib dan teman istimewa, Syifa Melvin.

Terbaru, kelihatan Syifa Melvin menerusi laman akaun Twitternya memuat naik kapsyen ucapan buat pemain bola sepak itu. Safawi turut membalas ucapan dari Syifa dengan meninggalkan emoji 'Love'.

'All the best dimana you berada'

Dalam titipan ucapan itu, Syifa mendoakan yang terbaik buat pemain bola tersebut dan terus memberi tumpuan pada perlawanan serta latihan sepanjang berada di sana. Tambahan, Syifa juga berjanji akan menjaga keluarga Safawi yang berada di sini.

Safawi bagi emoji love

Kelihatan juga, Safawi membalas tweet berkenaan dengan hanya meninggalkan emoji 'Love'.

'My prayers is always with you'

Safawi juga kelihatan memuat naik kapsyen seolah memohon doa yang terbaik dari pengikutnya. Katanya, penghijrahan tersebut diibaratkan sebagai cabaran dan pengalaman baru buat dirinya.

Syifa juga respon kepada tweet berkenaan dan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Safawi.

Mak Cik Nak Dia Lupakan Dulu Soal Kahwin

Sebelum ini Mak Safawi ada memalumkan yang dia mahu Awi lupakan dulu soal kahwin dan utamakan kerjayanya dulu.

"Awi perlu melaksanakan tugas dan tanggung jawab kepada majikannya termasuk negaranya lebih dahulu," kata Salemeh Abu Bakar, 56.

Itu kata ibu kepada penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid mengulas mengenai dakwaan anaknya bergelut masalah prestasi kerana dikatakan berdepan t-ekanan daripada kekasihnya, Syifa Melvin yang mendesaknya untuk berkahwin.

Dia yang ditemui di rumahnya di Kampung Bukit Chatak, Dungun berkata, dia mengetahui Safawi mempunyai hubungan dengan Syifa Melvin sejak lapan bulan lalu.

Syifa Pernah Datang Rulah 2 Kali

"Tahun lalu, Syifa ada dua kali datang ke rumah, pada mak cik, Syifa baik orangnya, tetapi mak cik tak tahu dia pelakon kerana tak pernah tengok drama lakonannya sebelum ini.

"Tiga minggu lalu, Awi ada hubungi mak cik untuk bertanya khabar, pada masa sama dia memaklumkan ingin berkahwin.

"Namun, mak cik cakap, 'bukan mak tak restu, cuma mahu Awi tumpu kerjaya dulu, simpan duit dan selesaikan beberapa cita-cita yang diimpikan selama ini," katanya.

Sumber: Syifamelvin