Skip to main content
Rupanya Bukan Pengguna Celcom Sahaja Yang Ada Masalah Line Hari Ini. Tiga Line Ini Juga Mempunyai Masalah Yang Sama

KUALA LUMPUR: Pengguna Celcom hari ini terpaksa menghadapi kesulitan hampir tiga jam, ekoran gangguan secara menyeluruh untuk perkhidmatan data dan suara di seluruh negara.

Dalam tempoh tiga jam itu, pengguna tidak menerima langsung sebarang data, dan ada antara mereka yang hanya boleh membuat panggilan kecemasan.

Dalam ciapan ringkas di akaun rasmi Twitternya pada pukul 4.30 petang Ahad, Celcom berkata, gangguan itu adalah disebabkan isu teknikal dan mereka sedang berusaha menyelesaikan masalah itu.

Susulan kekerapan masalah teknikal yang melanda pengguna Celcom tahun ini, ada antara pengguna yang menggesa agar pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) masuk campur dan mengenakan denda yang tinggi terhadap penyedia perkhidmatan itu.

Seorang pengguna Celcom, Mohd Faizal Hassan dalam ciapan susulan berkongsi pautan dari laman web rasmi SKMM bahawa Celcom telah mempunyai 24 kompaun bernilai RM1.2 juta, setakat suku kedua tahun ini.

RANGKAIAN LAIN YANG TERLIBAT SAMA SEPERTI CELCOM

Gangguan teknikal terhadap Celcom turut memberi kesan kepada penyedia perkhidmatan lain seperti Yoodo, Tune Talk, dan Unifi kerana penggunaan rangkaian infrastruktur telekomunikasi yang sama.

Mohon semua dapat bersabar, pihak CELCOM sedang cuba sedaya upaya untuk kembalikan talian mereka.

Menurut ASTRO AWANI, ada pengguna CELCOM yang telah pun mendapat talian semula.

Kredit: Astro Awani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.