Skip to main content
Rumah Tangga Diuji, Babak Suami Nadia Brian Setuju ‘Talak Khuluk’ Cetus Sebak

Sharing is caring!

Keretakan rumah tangga antara Nadia Brian dan suaminya iaitu Muizz Nasruddin telah 'dihidu' ramai pihak apabila masing-masing tak lagi kongsi gambar bersama di laman sosial. Malah status rumah tangga mereka juga bagaikan telur di hujung tanduk apabila Muizz memuat naik foto berserta kapsyen bahawa dirinya dikhianati.

BACA: Jatuhkan Talak 3 Pada Bekas Isteri, Boy Iman Dedah Punca Sebenar Perpisahan

Dalam perkembangan terbaru, Muizz mendedahkan bahawa mereka masih sah bergelar suami isteri walaupun sudah tidak tinggal sebumbung sejak hampir 3 bulan lalu. Sambil menafikan dakwaan bahawa Nadia dihalau, pengurus akaun di sebuah syarikat swasta sebaliknya telah berkali-kali mengajak Nadia untuk kembali tinggal bersama. Namun, perkara itu ditolak oleh Nadia yang kini tinggal di rumah ibunya.

Rumah Tangga Diuji, Babak Suami Nadia Brian Setuju 'Talak Khuluk' Cetus Sebak 2

Selaku individu yang mengikuti perkahwinan mereka dari awal lagi, wartawan Zaidi Mohamad mengakui turut terkesan dengan berita duka tersebut. Menerusi Instagram, dia telah memuat naik sepotong video yang memaparkan Muizz bersetuju dengan syarat 'talak khuluk' di hari pernikahan pada 9 November tahun lepas sambil mengharapkan hubungan mereka baik-baik saja.

Selain rakan artis, rata-rata netizen turut sebak menyaksikan semula babak tersebut dan menyifatkan Muizz sebagai suami yang baik. Dalam pada itu, mereka turut mendoakan agar kedua-duanya boleh berdamai dan bersatu semula.

Rumah Tangga Diuji, Babak Suami Nadia Brian Setuju 'Talak Khuluk' Cetus Sebak 3

Rumah Tangga Diuji, Babak Suami Nadia Brian Setuju 'Talak Khuluk' Cetus Sebak 4

Rumah Tangga Diuji, Babak Suami Nadia Brian Setuju 'Talak Khuluk' Cetus Sebak 5

Sumber: IG jaydeesm

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!