Skip to main content
Ramai Yg Menyangka Bahawa Bahagia Apabila Memiliki Sesuatu Yang Diinginkan, Tetapi.. – Puteri Sarah

Nama pelakon Puteri Sarah Liyana mencuri tumpuan ramai sejak beberapa minggu lalu membabitkan isu rumahtangga dengan suami yang juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof.

Anak kelahiran London, England yang membesar di Kuala Lumpur itu difahamkan muncul di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak kira-kira dua minggu lalu.

Sejak itu juga Puteri Sarah dilihat beberapa kali berkongsi kata-kata atau petikan ayat yang mencetus persoalan ramai.

Terbaru, beliau dilihat memuatnaik hantaran di Instagram yang menarik perhatian pengikut-pengikutnya.

" Ramai yang menyangka bahawa bahagia apabila memiliki sesuatu yang diinginkan.

" Walaubagaimanapun setelah mereka sudah memilikinya, mereka tetap merasakan dirinya belum bahagia.

" Ya, barangkali saat dia mengecapi apa yang diidamkan itu membuatnya rasa gembira. Akan tetapi semuanya bersifat sementara.

" Selepas itu perasaan tersebut akan lenyap dan mereka akan mencarinya semula.

" Bahagia adalah apabila hati seseorang itu dalam keadaan lapang dan tenang. Tenang dalam apa jua situasi yang mendatang." tulis Puteri Sarah.

Reaksi warganet

Sementara itu menerusi ruangan komen rata-rata warganet mendoakan Puteri Sarah agar terus cekal menghadapi ujian.

Meskipun tidak dinyatakan untuk apa dan kepada siapa kata-kata itu ditujukan, namun ramai seakan faham apa yang sedang dirasai oleh Sarah.

" Betul kebahagiaan datang dari ketenangan jiwa…apabila kita mndekatkan diri pada Allah…bahagia itu milik Allah…segalanya Allah yg berikan kpd kita…stay strong sis…take care" tulis Fishah

Sekilas info tentang Puteri Sarah

lahir pada 1 Disember 1985, beliau merupakan anak sulung daripada empat beradik, memiliki kelulusan Degree Pengurusan Hotel, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

Pada awal 2013, beliau telah mula bertudung. Beliau telah berkahwin dengan pelakon Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014.

Majlis perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah telah berlangsung di Masjid Al-Mukarramah, Bandar Sri Damansara.

Pasangan artis popular ini diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri yang sah oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid Al-Mukarramah, Mat Syaharuddin Ar Rashid pada jam 11:30 pagi dengan hanya sekali lafaz bersertakan dengan mas kahwin berjumlah RM1,111.

Majlis perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah dihadiri oleh ahli keluarga pengantin lelaki dan perempuan, sahabat handai dan sanak saudara serta rakan-rakan artis.

Pada 19 April 2017, Puteri Sarah selamat melahirkan anak lelaki kira-kira pukul 6.30 pagi Rabu.

Bayi seberat 3.5 kilogram itu dilahirkan di Pusat Perubatan Pantai Bangsar, dekat sini.

Berita gembira ini disampaikan oleh suami beliau menerusi laman sosial dan mengumumkan nama anak mereka iaitu Syaikhul Islam.

Pada 16 Mac 2019, pasangan ini dikurniakan cahaya mata kedua, iaitu anak perempuan sulung yang bernama Sumayyah