Skip to main content
Ramai Pelajar Terkandas Di Universiti. Apa Yang Ebit Lew Nak Buat Untuk Tolong Dapat Pujian Ramai

Keputusan dari Kementerian Pelajaran Tinggi (KPT) menangguhkan pendaftaran fizikal telah menyebabkan segelintir mahasiswa berdepan dengan beberapa masalah terutamanya penginapan.

Difahamkan, ada segelintir daripada pelajar telah tiba di universiti masing-masing dan menerima arahan untuk mengosongkan kediaman dengan segera.

Ebit Lew Tampil Untuk Tolong Pelajar Universiti

Malaysiakini - Jadilah seperti Ebit Liew

Prihatin dengan nasib pelajar-pelajar, pendakwah muda, Ustaz Ebit Lew telah menyuarakan hasrat membantu pelajar-pelajar tersebut dengan menyewakan bas untuk membawa pulang mereka yang terkandas di IPT.

Pelajar2 boleh terus pm ustaz

Menurutnya lagi, mereka yang memerlukan perkhidmatan tersebut diminta untuk terus menghubunginya kerana urusan mendapatkan bas sedang dijalankan oleh ketika itu.

Terima kasih Ustaz Ebit Lew

Perkongsian itu telah mendapat perhatian warganet kerana terharu dengan keprihatian yang ditunjukkan oleh pendakwah tersebut.

Seperti biasa, laman sosial Ebit Lew telah dihujani dengan pelbagai komen daripada warganet yang mendoakan agar urusan beliau dipermudahkan dan dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh pelajar disebabkan isu tular semalam.

Semoga dipermudahkan segala urusan ustaz

Kredit : OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.