Skip to main content
Raih Lebih Sejuta Views, Gelagat Budak Kawan Baik Dengan Anak Kerbau Cute Habis

Sharing is caring!

Keakraban antara manusia dengan beberapa haiwan jinak seperti kucing, anjing, bahkan ikan dibela dalam akuarium merupakan hubungan yang sangat istimewa. Selain memberi keriangan dan sentuhan kasih sayang, kehadiran kawan baik seperti ini juga juga boleh memberi banyak manfaat terhadap aspek kesihatan emosi dan fizikal para pemilik.

BACA: 'Tak Pernah Jumpa Budak Kawan Dengan 80 Kerbau' – Jurufoto Buka Kisah Kampung Boy

Baru-baru ini, tular di laman TikTok mengenai gelagat seorang kanak-kanak yang cukup mesra dengan seekor anak kerbau diberi gelaran Che Tam. Menerusi paparan berdurasi 6 saat tersebut, dia dilihat cukup seronok berkejar-kejaran dengan haiwan yang lincah itu. Menurut pemilik akaun @manumar9489, kedua-duanya boleh diakatakan bersahabat baik dan sering melakukan aktiviti santai bersama-sama.

@manumar9489

kenangan yg tak dapat dijual beli☺️☺️#anakkerbauchetam

♬ original sound – Mohd Shafiq – Mohd Shafiq

@manumar9489

Balas kepada @akiko1128 mmg kawan baik dia☺️.kehidupan anak org kampung☺️#chetam

♬ DJ Nenekku Pahlawanku Remix TerJOSS Gandhos – πŸ„°πŸ„»πŸ„±πŸ…πŸ„΄πŸ…† 🦊

Terdahulu, ada juga dimuat naik sebuah video yang memaparkan si cilik tersebut mengarahkan sekumpulan kerbau untuk balik ke kandang. Bukan saja tak takut seperti kanak-kanak lain, dia malah melakukan tugas tersebut dengan baik tak ubah seperti orang dewasa.

@manumar9489

Nak beli kuda tak mampu buat halau kerbau🀣

♬ bunyi asal – Catalyzer 135 – Catalyzer 135

Siapa sangka, video tersebut telah berjaya meraih lebih sejuta tontonan di aplikasi TikTok. Walaupun ada yang menyangka budak tersebut bakal disondol anak kerbau terbabit, namun rata-ratanya menyifatkan pengalaman seperti itu sangat sukar didapati pada zaman kini.

Raih Lebih Sejuta Views, Gelagat Budak Kawan Baik Dengan Anak Kerbau Cute Habis 2

Raih Lebih Sejuta Views, Gelagat Budak Kawan Baik Dengan Anak Kerbau Cute Habis 3

Raih Lebih Sejuta Views, Gelagat Budak Kawan Baik Dengan Anak Kerbau Cute Habis 4

Sumber: TikTok manumar9489

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!