Skip to main content
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump Positif C0VlD19. Punca Bagaimana Dia Boleh Terkena Didedahkan

PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump mengesahkan beliau dan isteri, Melania Trump, positif COV-19.

Pengumuman itu dibuat oleh Trump melalui ciapan di akaun rasmi Twitter beliau pada jam 12.55 tengah hari waktu Malaysia.

Kebimbangan mengenai pendedahan Trump kepada virus itu meningkat baru-baru ini, selepas salah seorang kakitangannya, Hope Hicks dikesan positif v1rus tersebut.

Pada Selasa, Trump dan Hicks berada bersama di dalam pesawat Air Force One ketika presiden itu menjelajah ke seluruh Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya beliau.

Susulan pengesahan keputusan positif Hicks, Trump mengumumkan akan menjalani kuarantin selepas mempunyai interaksi rapat dengan kakitangannya itu.

Bagaimanapun, kira-kira dua jam kemudian, Trump mengesahkan beliau dan isteri juga didapati positif virus berkenaan.

Perkembangan terbaru ini menambah ketidaktentuan kepada perjalanan kempen pilihan raya Presiden Amerika Syarikat, yang akan berlangsung pada 3 November ini.

Donald Trump, isteri positif COVID-19

Baru-baru ini, Trump berada dalam pesawat sama dengan seorang kakitangannya yang dikesan positif COV-19. – REUTERS/Gambar fail

Dengan berbaki sebulan lagi, Trump dan pesaingnya daripada Parti Demokrat, Joe Biden kini memasuki fasa akhir kempen masing-masing.

Sumber : ASTRO AWANI

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.