Skip to main content
Polis Akan Panggil Cik Non Kerana Dikatakan Hina Rakyat Sabah. Cik Non Tampil Beritahu Yang Dia Tidak Salah Sebenarnya

Polis membuka kertas siasatan ke atas pengasas produk kecantikan menggunakan akaun Facebook (FB) atas nama Nor Shahada Aisyah atau Cik Non susulan kenyataan dimuat naik di laman sosial FB miliknya menghina rakyat Sabah sebagai penyebab Covid-19 meningkat.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, satu laporan polis dibuat ke atas pemilik akaun FB terbabit susulan kenyataan dimuat naiknya itu.

Beliau berkata, susulan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998.

"Kertas siasatan sudah dibuka dan kita akan memanggilnya untuk merakam keterangan," katanya kepada Harian Metro hari ini.

Terdahulu, Cik Non didakwa menghina orang Sabah dengan menggelar diri mereka 'bodoh' dan rakyat Sabah miskin selepas tidak berpuas hati dengan peningkatan kes Covid-19.

Cik Non sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila caranya mempromosikan produk kecantikan mendapat kecaman netizen selain tular di media sosial bergaduh dengan pengawal keselamatan kerana dilarang masuk ke pusat beli-belah selepas tidak memakai pelitup muka.

Cik Non Beritahu Status Tersebut Bukan Dari Dia

Selepas tular di media sosial yang mengatakan Cik Non atau nama sebenar Nor Shahada Aisyah dikatakan menghina rakyat Sabah, dia tampil beri penjelasan.

Menurut Nor Shahada Aisyah, kenyataan di laman page Facebook tersebut bukanlah daripada dia dan page tersebut adalah fake page.

Kenyataan Penuh Cik Non

ASTAGAFIRULLAHALAZIM DIA BUAT LAGI DAH!! FITNAH DARI PAGE FAKE NI TAK SUDAH SUDAH! DULU SEBUT SENSITIVITI NEGERI KELANTAN SEKARANG TERBARU SENTUH SENSITIVITI NEGERI SABAH PULAK

SAYA NORSHAHADAH AISYAH CEKNON BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH SWT ATAS KELUARGA SAYA. SAYA TIDAK MELAKUKAN PERKARA TERKUTUK INI. MALAHAN RAMAI AHLI KELUARGA SAYA YANG BERADA DI KELANTAN JUGA SAHABAT TERDEKAT SAYA MERUPAKAN ANAK KELAHIRAN SABAH

SAYA DENGAN RENDAH DIRI MEMINTA YANG MEMBACA POST INI JUGA KEBENARAN SEBENAR. UNTUK MENYAMPAIKAN PERKARA HAKIKAT REALITI FITNAH YANG MEMALUKAN INI. PAGE SEBENAR SAYA OFFICIAL PAGE ADALAH LOOKSLIMMING LOOKPINKISH BUKAN PAGE NORSHAHADAH AISYAH INI.

ALLAH SWT YANG MAMPU MEMBALAS KEBAIKKAN ANDA SEMUA

Jika dicari nama page Facebook Nor Shahada Aisyah . Ia telah tiada, samada telah ditutup atau di'sorok' oleh tuan punya page.

Sumber : HMETRO ONLINE / IG norshahadahaisyah