Skip to main content
PM Umum Bantuan Perihatin 2.0. Ini Tarikh Bila Duit Akan Masuk Dalam Akauan Anda

Menerusi perutusan khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 23 September yang lalu, pihak kerajaan telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN) bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh rakyat akibat pandemik Covid-19.

Bantuan BPN 2.0 ini akan mula dibayar secara ansuran bermula hujung bulan Oktober 2020 dan pada bulan Januari 2021.

Bantuan Prihatin Nasional 2.0 bakal diterima oleh 10.6 juta pemohon dengan jumlah bajet sebanyak RM 7 billion diperuntukkan. Golongan B40 dan M40 yang bujang ataupun sudah mendirikan rumah tangga layak mendapat bantuan ini.

Pemohon tidak perlu membuat permohonan semula bagi mendapatkan bantuan BPN 2.0 ini. Pihak kerajaan turut memberi peluang kepada mereka yang tidak pernah mendapat BPN untuk melakukan rayuan dan permohonan baru.

Kategori penerima

Infografik: Lembaga Hasil Dalam Negeri

Kumpulan pertama yang akan menerima bantuan tambahan RM1,000 ialah golongan B40 yang mencatatkan seramai 3.7 juta isi rumah. Kumpulan kedua RM500 kepada 3.8 juta (B40 bujang), ketiga adalah RM600 kepada hampir 1.4 juta (M40). Kumpulan keempat adalah 1.7 juta kumpulan M40 bujang yang akan menerima RM300. Tarikh kemasukan

Infografik: Irujukan

Duit BPN 2.0 ini akan mula dikreditkan kepada mereka yang layak bermula hujung Oktober 2020 dan pada Januari 2021. Pembayaran BPN akan dibayar secara ansuran sebanyak dua kali.

Kaedah pembayaran

Bayaran BPN 2.0 ini akan terus dikreditkan ke akaun yang telah berdaftar Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi individu yang mempunyai akaun bank.

Manakala, bagi pemohon yang tidak mempunyai akaun bank boleh menuntut duit bantuan tersebut di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan.

Begitupun, permohonan baru boleh dibuat sekiranya tidak tersenarai sebagai penerima BPN 2.0

Bagi mereka yang layak tetapi tidak pernah menerima BPN, Muhyiddin berkata, kerajaan akan memberi peluang untuk proses rayuan serta permohonan baru mulai 15 Oktober 2020.

Bayaran BPN 2.0 akan dibuat dalam dua ansuran, pertamanya pada hujung Oktober dan keduanya pada Januari 2021.

Bagi golongan B40, bayaran ansuran pertama bulan Oktober adalah sebanyak RM700 dan keduanya, pada Januari 2021 adalah sebanyak RM300.

Cara memohon

Pemohon boleh membuat permohonan BPN 2.0 menerusi laman web Lembaga Hasil atau dengan menghantar borang secara persendirian ke cawangan Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Bagi permohonan rayuan BPN ini boleh dimohon bermula 15 Oktober sehingga 15 November 2020.

MALAYSIA: Bantuan Prihatin Nasional atau dikenali sebagai BPN merupakan insentif atau inisiatif pihak kerajaan dalam membantu rakyat ketika pandemlk c0v-19.

Cara permohonan baru dan rayuan serta semakan status penerimaan BPN 2.0

Penerima yang layak menerima BPN 2.0 boleh membuat semakan status mulai 15 Oktober 2020 di Portal Rasmi BPN. Kategori kelayakan BPN 2.0 ini adalah berdasarkan kelulusan terakhir BPN 2020. Semak kelayakan anda di sini.

https://bpn.hasil.gov.my/SemakanStatus.aspx

Sementara itu, anda juga boleh mengemukakan permohonan baru atau rayuan pada tarikh yang sama iaitu mulai 15 Oktober 2020 di bawah kategori isi rumah atau bujang sekiranya menepati syarat kelayakan. Sila klik link di sini.

https://bpn.hasil.gov.my/

Untuk maklumat lanjut mengenai BPN 2.0 bagi golongan B40 dan M40 layari laman web Portal Rasmi BPN.

https://bpn.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ_BPN_BM.pdf

Bantuan ini telah banyak meringankan beban kewangan rakyat Malaysia ketika menjalani kehidupan dalam Perintah Kawalan Pergerakan sebelum ini.

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri, Irujukan & Jabatan Penerangan Malaysia