Skip to main content
Perutusan Khas PM Ada Sentuh Mengenai PKP. Ini Kenyataan Dari PM

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah membuat satu perutusan khas secara siaran langsung di rumah beliau sendiri kerana sedan dikuarantinkan apabila salah seorang menteri (Dr Zulkifli) telah disahkan positif.

Beliau antara yang berada bersama Dr Zulkifli (Menteri Hal Ehwal Agama) sebelum disahkan positif c0vld19.

PM: PKP Semula Boleh Run-tuhkan Sistem Sosial, Ekonomi

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menolak untuk melaksanakan semula perintah kawalan pergerakan (PKP) di seluruh negara dengan alasan bahawa ia boleh menyebabkan keruntuhan sosial dan ekonomi.

Muhyiddin berkata, kerajaan sebaliknya akan menggunakan pendekatan yang disasarkan berbanding PKP walaupun kes jangkita

Perdana Menteri juga beritahu bahawa PKPD hanya akan dilaksanakan di kawasan zon merah sahaja seperti di Sabah dan Kedah.

Pada kawasan yang bukan zon merah kita masih boleh melakukan aktiviti seperti biasa cuma harus lebih berjaga jaga dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Perdana Menteri juga memberi pesanan bahawa kuarantin tiada pilih kasih dan semua harus mengikuti SOP yang telah ditetapkan.

Beliau juga beritahu sebelum ini kita mampu melandaikan kes c0v dan kali ini kita pasti boleh lakukan sekali lagi.

Hari ni Malaysia mencatatkan pertambahan 691 jumlah kes baru

Terkini. 6 Okt. Kes baharu #COVID19 hari ini 691 kes – 688 tempatan, 3 import.

Lebih separuh kes hari ini iaitu 394 dari Kluster Tembok, Kedah (penjara) dan 219 kes dari zon-zon merah di Sabah.

4 kematian baharu – Sabah (3), P. Pinang (1).

Buat masa ini, Malaysia dalam perintah kawalan pergerakan pemu-lihan (PKPP) yang berkuatkuasa sehingga 31 Disember ini.

Negara menyaksikan kenaikan mendadak kes Covid-19 sejak bulan lalu, dengan keadaan kian membu-ruk sejak minggu lalu.

Rekod kes harian tertinggi dipecahkan tiga kali dalam masa seminggu, dengan jumlah kes baru semalam merupakan jumlah tertinggi dengan 432 kes.

kredit: awatsheikh, mkini