Skip to main content
Pemergian Yang Dicemburui, ‘Pergi’ Lepas Laung 2 Rangkap Azan Subuh

Sharing is caring!

Pengakhiran hidup yang baik dan sempurna (husnul khotimah) adalah idaman setiap insan di muka bumi ini. Keadaan tersebut adalah di mana manusia 'pergi' dalam cara yang terbaik dan mendapat kemuliaan di sisi Allah S.W.T. Kisah pemergian sebegini pastinya dicemburui ramai orang.

BACA: Ustaz, Mari Berdiri Sebelah Saya Lelaki Rebah Selepas Solat Subuh Berjemaah

Menerusi satu perkongsian di Facebook Lembaga Zakat Selangor, seorang jemaah surau telah pun menghembuskan nafasnya saat sedang melaungkan azan Subuh. Kejadian tersebut berlaku di Surau Ar-Rayan, Shah Alam Selangor berdekatan sebuah apartment. 

Pemergian Yang Dicemburui, 'Pergi' Lepas Laung 2 Rangkap Azan Subuh

Pemergian Yang Dicemburui, 'Pergi' Lepas Laung 2 Rangkap Azan Subuh

Kejadian itu pula kedengaran secara langsung menerusi corong pembesar suara sehinggakan seluruh penghuni di Apartment Sri Ixora berasa pelik apabila laungan azan itu terhenti secara tiba-tiba. Selepas itu, ada ahli jemaah surau yang lain bertindak membuat pengumuman menyeru ahli keluarga lelaki berkenaan untuk turun dengan kadar segera.

Pemergian Yang Dicemburui, 'Pergi' Lepas Laung 2 Rangkap Azan Subuh

Allahyarham Rosliman sebelum ini dikatakan sangat teruja untuk melaungkan azan Subuh. Pagi tadi pula adalah kali ketiga lelaki berkenaan memberanikan dirinya untuk melaksanakan amanah itu.  Lelaki itu bukanlah seorang bilal tetapi bertugas sebagai AJK Pemeriksa Kira-Kira surau tersebut.

Pemergian Yang Dicemburui, 'Pergi' Lepas Laung 2 Rangkap Azan Subuh

Pemergian Yang Dicemburui, 'Pergi' Lepas Laung 2 Rangkap Azan Subuh Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: Facebook Lembaga Zakat Selangor dan Twitter Redzuan Abdul Manap

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!