Skip to main content
Padah Makan Popia Disimpan Dalam Peti Ais 3 Hari, Wanita Ditemui Ajal Di Tandas

Sharing is caring!

Berita tentang keracunan makanan bukan lagi satu perkara yang asing dalam masyarakat kita. Ada individu pulih dengan sendirinya, namun ada juga yang perlu dimasukkan ke pusat perubatan untuk menerima rawatan lanjut. Namun berbeza dengan satu kisah di Thailand apabila seorang wanita telah menemui ajal dek kerana masalah food poisoning.

BACA: Padah Bawa Balik Nasi Ayam Tak Masak, Ayah Kesal Anak Teruk Keracunan Makanan

Menurut portal antarabangsa International Business Times, wanita berkenaan dikatakan sedang menonton televisyen bersama suaminya sambil menikmati popia yang telah dipanaskan. Makanan berkenaan dipercayai sudah pun dibeli 3 hari sebelumnya sebelum disimpan di dalam peti. Perempuan tersebut telah ditemui dalam keadaan pengsan dengan kesan muntah di lantai. Siapa menduga nyawa wanita terbabit melayang dan tidak dapat diselamatkan.

Padah Makan Popia Disimpan Dalam Peti Ais 3 Hari, Wanita Ditemui Ajal Di Tandas 2 Gambar sekadar hiasan

Kita sering beranggapan makanan yang disimpan lama di dalam peti sejuk tetap boleh dimakan dan susah untuk basi. Sebenarnya ramai kurang peka tentang kesan keracunan makanan yang boleh menyebabkan ajal. Daripada perkongsian portal kesihatan Hello Doktor, individu yang mengalaminya perlu memastikan tubuh badan menerima air mencukupi bagi mengelakkan berlaku dehidrasi. Selain itu, cara terbaik adalah merehatkan perut dan jangan makan atau minum untuk beberapa jam. Jika ingin makan semula, adalah lebih baik untuk mengambil makanan yang lebih mudah dicerna seperti roti atau biskut.

Padah Makan Popia Disimpan Dalam Peti Ais 3 Hari, Wanita Ditemui Ajal Di Tandas 3 Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: Portal International Business Times & Hello Doktor 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!