Skip to main content
Nabila Huda Sedih Kerana Baru Sahaja Kegugurn Tetapi Dia Paling Kasihan Pada Suami Dia Sebenarnya

Pelakon Nabila Huda menerusi IG Story berkongsi kisah duka mengenai keguguran yang dialaminya. Difahamkan, ini adalah keguguran kali kedua yang dialami pelakon wanita itu.

Kedengaran suara Nabila Huda sebak semasa berkongsikan berita itu kepada pengikutnya di media sosial kerana masih belum dapat dikurniakan zuriat.

Keguguran kali kedua

Nabila Huda berkongsi khabar duka bayi yang dikandungnya gugur kali kedua pada Isnin. Dedah Nabila, dia mengalami pendarahan sebelum disahkan keguguran.

Sejujurnya, saya nak sangat ada anak. Terlalu nak sangat. Keinginan untuk ada anak tu nak sangat.

Nabila melualahkan rasa gembira apabila dapat tahu dari doktor yang mengesahkan dia berbadan dua. Ketika itu, Nabila juga meluahkan kerisauannya sekiranya zuriat tiada di dalam kandungan.

I'm so excited bila dapat tahu, I buat blood test and doktor kata I confirm pregnant, I so excited and paranoid.

Saya sangat down

Masa pertama kali tahu saya bleeding, saya sangat down. Semalam saya cuba untuk memulihkan semula perasaan itu.

I cuma kesian dekat my husband

Nabila dalam keadaan sebak mengatakan dia bersimpati dengan suaminya yang sangat inginkan zuriat.

I cuma kesian je dekat my husband. Lama dia tunggu… Susah bila kita nak sangat, kita teringin sangat. Tapi kita nak kena move on.

Video Luahan Nabila boleh dilihat dalam Insta Story beliau – https://www.instagram.com/kupu_kupu/

Sumber: Nabila Huda via Oh Bulan