Skip to main content
‘My Next Celebrity Wedding’ -Harris Alif & Intan Ladyana Bakal Berkahwin 2021?

Sharing is caring!

Pengakuan daripada pengacara Harris Alif dan juga pelakon Intan Ladyana bahawa mereka menjalinkan hubungan cinta pernah menggegarkan dunia hiburan tanah air. Mana tidaknya, dua selebriti ini memiliki jarak usia yang cukup jauh iaitu sebanyak 17 tahun dan mula serius Februari lalu.

BACA: Perempuan Bila Dah Sayang Cukuplah Seorang, Cintanya Berserta Tujuan & Harapan

Biarpun sebelum ini couple berkenaan begitu berhati-hati dalam berkongsi perihal mereka berdua, tetapi semalam tampil seorang pemuda memuat naik satu foto yang menimbulkan persoalan ramai. Difahamkan, lelaki berkenaan adalah seorang pendandan rambut raja sehari yang terkenal di Malaysia.

'My Next Celebrity Wedding' -Harris Alif & Intan Ladyana Bakal Berkahwin 2021? 2

Foto yang telah dimuat naik ke laman Instagram miliknya memaparkan Harris dan juga Intan seperti sedang membuat persiapan untuk majlis perkahwinan mereka. Malah, menguatkan lagi tanggapan itu apabila dia meletakkan '#MyNextCelebrityWedding' pada gambar berkenaan. Sebelum ini pernah timbul dakwaan mengatakan mereka berdua bakal melangsungkan perkahwinan pada Mac 2021.

'My Next Celebrity Wedding' -Harris Alif & Intan Ladyana Bakal Berkahwin 2021? 3

Menerusi laporan Berita Harian, Intan tidak menolak jodohnya bersama pengacara lelaki tersebut. Walaupun jauh lebih muda, namun pelakon filem 'Jangan Pandang Belakang' itu mengakui jejaka berkenaan seorang yang matang dan juga mudah untuk berkomunikasi.

'My Next Celebrity Wedding' -Harris Alif & Intan Ladyana Bakal Berkahwin 2021? 4

'My Next Celebrity Wedding' -Harris Alif & Intan Ladyana Bakal Berkahwin 2021? 5

Sumber: Berita Harian & Instagram Aqmal Adly

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!