Skip to main content
Menteri Agama Datuk Dr. Zulkifli positif COVID-19. Ini pesanan beliau kepada semua

Kuala Lumpur: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengesahkan dirinya kini menerima raw4tan selepas disahkan positif Cov-id-19.

"Kepada semua rakyat Malaysia, saya kini menjalani rawatan kerana disahkan pos-itif Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

"Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik," katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Beliau juga menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang membabitkan kehadirannya dari 24 September hingga 4 Oktober supaya menjalani pemeriksaan saringan Covi-d-19 di klinik kesihatan dengan segera.

"Saya berdoa semoga Allah SWT sembuhkan dan selamatkan rakyat Malaysia daripada Covi-d-19. Insya-Allah," katanya.

Beliau yang dijadualkan merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun Ar Rahnu YaPEIM di ibu negara hari ini juga tidak hadir pada program berkenaan.

Berikut kenyataan Dr Zulkifli di FB rasmi milik beliau

Kepada semua rakyat Malaysia, Menteri Agama Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri kini menjalani rawatan kerana disahkan positif COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan beliau adalah baik.

Beliau menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang melibatkan kehadirannya dari 24 September hingga 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.

Rata-rata netizan mendoakan kebaikan Dr Zulkifli

"Semoga Allah swt melindungi YB Datuk Seri & mempermudahkan segala urusan dan menyembuhkan penyakit YB DS secepat mungkin.

"Sya doakan semoga Datuk dan semua muslimin/muslimat yg terkena jangkitan covid19 ini di permudahkan segala urusan dan di beri kesembuhan oleh Allah s.w.t. segala apa yang berlaku ini adalah ujian dari Allah… sabar dan terus berdoa agar kita semua mendapat perlindungan dan kasih syg dari Allah s.w.t.

"Allahu, syafakallah Dato. Saya terfikir bila melihat Dato' ke sana sini menghadiri byk program selepas balik dari Sabah… tertanya jugak kenapa tak ada quarantine. Sekarang sudah terjawab. Harapan saya agar menteri menteri lain dan yg pulang dari Sabah supaya menjalani quarantine tapi mungkin dah terlambat.

'Macam dalam mimpi' – Doktor cerita raw4t kes Covid-19 di Semporna

Dalam perkembangan terkini, Seorang doktor membuat hantaran di Facebook bagi menunjukkan keadan di Semporna, Sabah yang menyaksikan penin-gkatan Covid-19.

Dalam hantarannya semalam, Muhamad Naim Ab Razak menyifatkannya "seperti bermimpi atau tengok filem".

Menurut doktor itu, tiga bulan lalu dia membantu Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Lahad Datu untuk merangka "pelan ben-cana" Covid-19.

Pada masa ini Muhamad Naim membantu pasukan perubatan di Semporna.

"Setiap hari pesakit datang (ke hospital dengan masalah) tak boleh bernafas, batuk teruk. Ramai yang kritikal, ada yang terpaksa diberi bantuan pernafasan menggunakan mesin ventilator.

"Paling teruk, wad dan ICU (Unit Rawatan Rapi) penuh. Covid center tak boleh tampung (bilangan pesakit)," katanya lagi.

Dia juga membangkitkan tentang rancangan mewujudkan "ICU dan wad kecemasan mini Covid" di Semporna yang disifatkannya sebagai "bandar koboi".

Ini kerana hospital di Tawau dan Lahad Datu sudah penuh, katanya.

"(Sepanjang) sembilan tahun jadi doktor, ini kali pertama saya berdepan situasi sebegini.

"Saya pun takut juga akan positif (w4bak itu) tetapi terpaksa kuatkan semangat," katanya lagi.

Sabah menyaksikan kenaikan kes Covid-19 susulan pilihan raya negeri yang berakhir 26 September lalu. Penularan tersebut juga telah tersebar di beberapa tempat lain dalam negara.

Pada masa ini, sebanyak 1,206 kes sedang diraw4t di negeri itu. Daripada jumlah itu, 452 kes adalah di Semporna – menjadikannya daerah dengan kes aktif terti-nggi.

Menurut laman web perubatan Hospital.com.my, Hospital Semporna bukan hospital pakar dan memiliki 79 katil.

Kementerian Kesih-atan telah menghantar kakitangan dan ventilator dari Semenanjung Malaysia ke Semporna dan Tawau bagi membantu raw-atan di sana.