Skip to main content
Melamar di Paris, Wang Hantaran Pula RM50 Ribu. Sekali Suami Nadia Brian Kata, ‘Isteri Saya Berlaku Cvrang’

Akhirnya teka-teki mengenai pergolakan rumah tangga pelakon Nadia Brian dan suaminya, Muizz Nasruddin terjawab apabila mereka sudah tiga bulan tinggal berasingan.

Menurut Muizz, dia sudah cuba sedaya-upaya menyelamatkan rumah tangga mereka, namun menemui jalan buntu.

" Status kami sehingga kini masih suami isteri, tapi hampir tiga bulan isteri tidak tinggal bersama di rumah saya.

" Saya tak pernah halau dia dan sudah berkali-kali meminta dia balik tapi dia tidak mahu," katanya kepada Harian Metro.

Muizz yang berkahwin dengan Nadia kurang setahun lalu berkata, ketika ini isterinya tinggal di rumah ibunya.

" Saya cuba untuk menghubungi ibu dan keluarga dia untuk selesaikan masalah, tapi sia-sia.

" Saya cuba yang terbaik untuk menyelamatkan perkahwinan ini tapi dia tidak memberi kerjasama," katanya.

Menurut Muizz, segala perkongsiannya di Instagram sebelum ini yang mengatakan dirinya dikhi4nati dan diani4ya itu adalah benar.

" Perkongsian di Instagram sebelum ini memang benar. Saya dihiina, dihalau, dikhi4nati dan diani4ya.

Ada bukti isteri berlaku cvrang

" Saya ada bukti yang cukup mengatakan isteri saya berlaku cvrang terhadap saya.

" Saya ambil keputusan untuk keluarkan kenyataan sebab dia sudah berlebihan dengan mem4lukan saya dan tidak menghormati saya sebagai suami serta keluarga saya.

" Dalam masa sama, dia memberitahu orang dalam industri hiburan semua yang berlaku adalah salah saya kerana tak sediakan kehidupan yang dia mahukan.

" Saya sangat-sangat kecewa," katanya yang melihat percer4ian adalah pilihan terakhir yang dimilikinya.

Terdahulu menerusi laporan Harian Metro , Muizz enggan mengulas mengenai dakwaan pelakon Aidit Noh menjadi orang ketiga dalam hubungan mereka.

Muizz juga sebelum ini ada memuat naik gambar dan kapsyen berbaur kekec3waan sehingga mengundang pertanyaan dalam kalangan netizen berhubung status rumah tangga mereka.

Muizz dan Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi, 29, mendirikan rumah tangga pada 9 November tahun lalu di Magica Hall, Shah Alam.

Reaksi balas Nadia Brian

Sementara itu Nadia Brian enggan mengulas lanjut berhubung tuduhan suaminya bahawa dia menjalinkan hubungan sulit dengan dua lelaki lain sepanjang perkahwinan mereka.

Jelas Nadia, isu terbabit disifatkan terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum.

" Saya minta maaf, setakat ini saya tak nak komen apa-apa lagi, ini terlalu peribadi.

" Apapun, doa yang baik-baik, sebab bagi saya, banyak lagi isu yang lebih berat dan penting berbanding kisah kecil saya ini," katanya kepada Gempak.

Tambah Nadia, dia dan suami masih dalam proses perkenalan memandangkan usia perkahwinan mereka masih singkat.

" Saya pun berkahwin sekejap dan proses mengenali itu pun pantas, doakan yang baik-baik," tambahnya menerusi kiriman aplikasi WhatsApp pada Rabu.

Muizz sebelum ini tampil mengulas situasi terkini rumah tangganya dengan Nadia yang difahamkan sedang retak menanti belah.

Dedah Muizz, isterinya berlaku cvrang bersama dua lelaki dan mereka sudah tidak tinggal sebumbung sejak lebih tiga bulan.

Muizz dan Nadia mendirikan rumah tangga pada 9 November tahun lalu di Magica Hall, Shah Alam selepas dua tahun berkenalan.