Skip to main content
Melamar Cincin Dalam Botol, Drama ‘Ryan Aralyn’ Jadi Kegilaan Peminat Indonesia

Sharing is caring!

Menggantikan tayangan 'Pengantin Satu Malam', drama arahan Riza Baharudin berjudul 'Ryan Aralyn' yang sudah sampai ke episod 8 terus membuatkan penonton setia duduk di hadapan televisyen. Selain Zul Ariffin (sebagai Ryan) dan Raysha Rizrose (sebagai Aralyn), ia juga menghimpunkan ramai pelakon yang sudah lama tidak muncul di kaca televisyen misalnya seperti Raja Azura, Shah Iskandar, Arash Mohd dan lain-lain.

BACA : Penonton Indonesia Baru Jumpa Drama Nur, Akui Hamadi Lebih Teruk Dari Tae-oh

Berbeza dengan drama sebelum ini, 'Ryan Aralyn' mengisahkan tentang dua kehidupan lelaki dan perempuan yang cukup berlainan sebelum akhirnya mereka bersatu jiwa. Ryan merupakan jejaka  biasa yang hidup di kampung sambil memikul amanah menjaga nenek serta seorang anak. Meskipun sudah bernikah, namun kenikmatan berumah tangga seakan-akan tidak dirasai memandangkan isterinya yang bernama Hanis memiliki sikap keras kepala di samping gagal menjalankan peranan sebagai ibu.

Melamar Cincin Dalam Botol, Drama 'Ryan Aralyn' Jadi Kegilaan Peminat Indonesia 2

Melamar Cincin Dalam Botol, Drama 'Ryan Aralyn' Jadi Kegilaan Peminat Indonesia 3

Berbeza dengan kehidupan Aralyn, dia pula merupakan seorang gadis yang dibesarkan serba sempurna. Ketika itu, dia sangat teruja merancang perkahwinannya bersama dengan seorang lelaki bernama Zarul. Namun begitu, ibunya sendiri mempuyai firasat kurang enak mengenai perangai sebenar si bakal menantu. Satu hari, Aralyn dan Ryan bertembung dalam sebuah nahas jalan raya sehingga mengakibatkan gadis tersebut lumpuh. Bagai jatuh ditimpa tangga, Zarul pula berpaling tadah dan enggan menerima kekurangan fizikal bakal isterinya.

Melamar Cincin Dalam Botol, Drama 'Ryan Aralyn' Jadi Kegilaan Peminat Indonesia 4

Melamar Cincin Dalam Botol, Drama 'Ryan Aralyn' Jadi Kegilaan Peminat Indonesia 5

Melamar Cincin Dalam Botol, Drama 'Ryan Aralyn' Jadi Kegilaan Peminat Indonesia 6

Dengan penuh keikhlasan, Ryan gigih datang ke bandar untuk menebus rasa bersalah namun takdir seolah-olah mahu menyatukan mereka berdua. Bermula dengan sikap baik dan gemar mengambil berat, pada semalam dia telah melamar Aralyn dengan sebentuk cincin yang diletakkan di dalam botol. Babak itu cukup menggetarkan jiwa netizen dan mengejutkan sekali, peminat dari Indonesia juga 'terjebak' sama mengikuti drama Malaysia ini.

Melamar Cincin Dalam Botol, Drama 'Ryan Aralyn' Jadi Kegilaan Peminat Indonesia 7

Melamar Cincin Dalam Botol, Drama 'Ryan Aralyn' Jadi Kegilaan Peminat Indonesia 8 Melamar Cincin Dalam Botol, Drama 'Ryan Aralyn' Jadi Kegilaan Peminat Indonesia 9

Melamar Cincin Dalam Botol, Drama 'Ryan Aralyn' Jadi Kegilaan Peminat Indonesia 10

Sumber : YouTube DramaSangat & Instagram_ryanaralayn

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!