Skip to main content
Masa PC Tadi, Ramai Perasan 2 Perkara Yg Tidak Kena Dgn DG Hisham

Siapa tengok PC Dr. Noor Hisham tadi akan sedar dua perkara ini;

1. KP hilang suara. Suaranya serak.

2. Nada suara KP kedengaran seperti sedih, sebak dan sayu.

Pada siapa yang mengikuti siaran langsung perkembangan terkini C0VlD19 daripada Kementerian Kesihatan Malaysia pasti perasan apa yang terjadi.

Ketika DG Noor Hisham sedang memberi maklumat jelas kedengaran suara beliau sedih dan sebak.

Dengan pertambhan kes baharu hari ini, sudah tentu  membuat beliau kecewa.Rata rata netizen tetap memberi sokongan kepada DG Noor Hisham.

Tan Sri memberikan taklimat covid dalam keadaan beliau dikuarantin 14 hari. Jelas kelihatan dari wajahnya yang sangat keletihan. Mohon berikan Tan Sri berehat.

Hari ni Malaysia mencatatkan pertambahan 691 jumlah kes baru

Terkini. 6 Okt. Kes baharu #COVID19 hari ini 691 kes – 688 tempatan, 3 import.

Lebih separuh kes hari ini iaitu 394 dari Kluster Tembok, Kedah (penjara) dan 219 kes dari zon-zon merah di Sabah.

4 kematian baharu – Sabah (3), P. Pinang (1).

Dr Noor Hisham jalani kuar-antin kendiri di rumah

Ketua Pengarah Kesi-hatan Dr Noor Hisham Abdullah kini menjalani kuar-antin kendiri di rumahnya.

Bahagian Komunikasi Korporat kementerian itu mengesahkan kepada media bahawa Noor Hisham tidak akan mengadakan taklimat berkenaan Covid-19 di Putrajaya pada jam 5.30 petang ini.

"Laman Facebook Kementerian Kesihatan akan melakukan siaran langsung PC DG hari ini pada jam 5.30 petang dari rumahnya tanpa kehadiran media," kata seorang wakil Komunikasi Korporat KKM.

Mereka meminta agar pihak media menyiapkan sebarang pertanyaan untuk dikirim kepadanya.

"DG akan menjawab soalan-soalan yang sesuai," kata wakil itu.

Semalam, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin juga diarahkan oleh Kementerian Kes-ihatan menjalani kuar-antin kendiri dan menjalankan tugas dari rumah.

Kementerian Kesihatan mengeluarkan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal ehwal agama), Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan positif Cov-id-19.

Muhyiddin sebelum ini mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dihadiri Zulkifli pada 3 Okt lalu.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz antara mereka yang duduk berdekatan Zulkifli pada ketika itu.

Anggota kabinet lain yang hadir termasuk Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba; Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali; Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof dan Menteri Pendidikan, Radzi Jidin.

Antara pegawai tertinggi kerajaan yang hadir dalam mesyuarat itu termasuk Dr Dr Noor Hisham; Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador dan Panglima Angkatan Tentera, Affendi Buang.

Noor Hisham berkata, semua individu yang merupakan kontak rapat dalam mesyuarat tersebut dikeluarkan perintah HSO selama 14 hari bermula 3 Okt dan diarah memakai gelang kuar-antin.

Individu lain dalam mesyuarat itu yang bukan kontak rapat juga diminta memantau kesihatan diri dari rumah menggunakan aplikasi MySejahtera.

HSO berkenaan akan tamat pada 16 Okt.