Skip to main content
“Lepas Sidai Makin Bersih” – Trend Cuci Pelitup Muka Pakai Buang Pula Dikritik

Sharing is caring!

Susulan penularan wabak Covid-19, tak dinafikan bahawa pelitup muka dan hand sanitizer sangat laris ibarat pisang goreng panas. Walaupun kini terdapat bermacam-macam jenis, warna serta fesyen di pasaran, namun segelintir masyarakat kita masih kurang kesedaran tentang tatacara penggunaan bahan tersebut dengan betul.

BACA: Dulu Flawless, Tapi Jerawat Membiak Sejak Pakai Face Mask? Pakar Dedah Puncanya

Baru-baru ini, seorang pengendali akaun Twitter telah menjadi tumpuan hangat gara-gara berkongsi gambar menyidai beberapa pelitup muka di dalam bilik. Dia malah turut mendakwa bahawa lapisan tersebut masih bertahan dan tak koyak walaupun telah dicuci dengan sabun.

Mengulas lanjut tentang tindakan itu, individu berkenaan malah akui telah mengujinya dan didapati lebih bersih daripada pelitup muka yang baru. Berbeza dengan tuala wanita yang diperbuat daripada kapas, dia mendakwa pelitup muka recycle akan tetap kuat walaupun telah dibasuh dan dikeringkan.

Gambar sekadar hiasan

Meskipun begitu, rata-rata netizen terkilan dengan tindakannya itu kerana ada sebab pelitup muka jenis sebegitu dikategorikan 'pakai buang'. Selain ada yang menawarkan pelitup muka secara percuma kepada individu tersebut, mereka malah mengesyorkan individu terbabit pakai jenis fabrik yang memang boleh dicuci beberapa kali sepanjang penggunaannya.

Sumber: Twitter hanifjamals

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!