Skip to main content
Lelaki Ini Dikatakan Tiada Adab Apabila ‘Perli’ Menteri Agama Dr Zulkifli

Seorang pereka grafik yang sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila didakwa menghasilkan karya berbaur sindiran dan penghinaan.

Kali ini 'mangsa' karyanya adalah imej menyerupai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Menerusi hasil karikatur yang dimuat naik di Twitternya itu, kelihatan seorang individu berkopiah menghembuskan nafas lalu mengeluar dan menyebarkan virus COVID-19.

Hasil grafik tersebut kemudian tular di media sosial dan mencetuskan kemarahan dalam kalangan warga maya.

Ramai bertanggapan figura yang dihasilkan terlalu mirip dengan Zulkifli dan teguran sebenarnya boleh dilakukan secara baik daripada mempersendakan bekas mufti itu.

Selain netizen, turut sama mengkritik perbuatan tersebut adalah Setiausaha Penerangan MIC A Subash Chandrabose.

Biarpun berlainan agama, A Subahs turut menganggap penghasilan karya tersebut sebagai biadap.

"Ini tak kelakar, jaga adab!," katanya menerusi satu posting di Twitter rasminya, semalam.

Untuk rekod, Zulkifli mengesahkan dirinya positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah.

Beliau juga menyeru orang ramai yang menghadiri majlis melibatkan dirinya pada 24 September hingga 4 Oktober lalu menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.

Sumber : GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.