Skip to main content
Konon Minum Air Kelapa Boleh Tambah Cairan Ketuban, Rupanya Ini Fakta Sebenar..

Sharing is caring!

Cairan ketuban adalah sangat penting bagi membantu perkembangan dan sistem sokongan bayi dalam kandungan. Namun begitu, kekurangan air ketuban ini boleh mendatangkan komplikasi kepada janin. Bagi ibu yang memiliki cairan ketuban sedikit akan menyebabkan kelahiran bayi pramatang serta membatas pergerakan janin dalam kandungan.

BACA : Konon Suka Intai Orang Mandi, Pakar Bongkar Punca Sebenar Masalah Ketumbit

Berikutan itu, ramai berpendapat bahawa ibu hamil digalakkan untuk minum air kelapa muda bagi menambahkan cairan ketuban terutama pada trimester ketiga. Selain itu, dapat membantu mencegah daripada jangkitan kuman pada janin serta karung kandungan. Namun sejauh manakah kebenaran tentang hal itu?

Konon Minum Air Kelapa Boleh Tambah Cairan Ketuban, Rupanya Ini Fakta Sebenar.. 2

Konon Minum Air Kelapa Boleh Tambah Cairan Ketuban, Rupanya Ini Fakta Sebenar.. 3 Gambar Sekadar Hiasan

Prihatin dengan isu ini, Dr Muhammad Izzat tampil memberi penjelasan mengenai 'fahaman' tersebut menerusi laman sosialnya. Menurut beliau, cairan ketuban ini terhasil daripada air kencing bayi itu sendiri. Tegas beliau lagi, air ketuban tidak boleh terlalu sedikit dan terlampu banyak kerana boleh mendatangkan risiko pada kandungan.

Konon Minum Air Kelapa Boleh Tambah Cairan Ketuban, Rupanya Ini Fakta Sebenar.. 4

Konon Minum Air Kelapa Boleh Tambah Cairan Ketuban, Rupanya Ini Fakta Sebenar.. 5

Konon Minum Air Kelapa Boleh Tambah Cairan Ketuban, Rupanya Ini Fakta Sebenar.. 6 Gambar Sekadar Hiasan

Sementara menerusi laporan theAsianparent Malaysia, cecair tersebut terhasil sejurus terbentuknya kantung amniotik iaitu kira-kira 12 hari selepas para ibu disahkan hamil. Manakala pada usia kehamilan sekitar 20 minggu pula, air ketuban digantikan dengan urin yang ditelan dan dikeluarkan oleh tubuh janin.

Konon Minum Air Kelapa Boleh Tambah Cairan Ketuban, Rupanya Ini Fakta Sebenar.. 7 Gambar Sekadar Hiasan

Sumber : Twitter muhammadeizat, Facebook, theAssianparent Malaysia

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!