Skip to main content
KKM Umumkan Hari Ini Adalah Jumlah Kes Tertinggi Dan Negeri Ini Mempunyai Kes Positif Tertinggi

Menerusi sidang media, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 81 kes yang telah pulih dan discaj dari hospital pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah sebanyak 10,095 kes.

Beliau juga memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 287 kes baharu Covid-19 pada hari ini dan semua merupakan kes tempatan.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 11, 771 dengan kes 1, 540 kes aktif.

Terkini #COVID19Malaysia 2 Okt 2020

Kes sembuh=81

Jumlah kes sembuh= 10,095 kes

Kes positif= 287 (kes import=0, kes tempatan=287)

Jumlah positif= 11,771 kes

Kes kem4tian= 0

Jumlah kes kem4tian= 136

Kes dirawat di ICU=22 kes

Bantuan Alat Pernafasan=4 kes

KEDAH ADALAH NEGERI DENGAN KES TERTINGGI HARI INI

Kes tertinggi dilaporkan di Kedah iaitu sebanyak 129 kes, Sabah dengan 113 kes dan Selangor dengan 31 kes.

Tiada pertambahan kes kem4tian dicatatkan pada hari ini.

Terkini. 2 Okt. Kes baharu #COVID19 hari ini paling tinggi dalam sejarah iaitu 287 dan semua kes tempatan. Tertinggi, Kedah (129), Sabah (113), Selangor (31). Dua kluster baharu di Selangor, Seri Anggerik (Hulu Selangor) dan Seri Setia (Gombak). Tiada kem4tian.

Sidang media oleh YBhg. Tan Sri Dato' Seri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia.

Sumber : Siakap Keli

Mohon ikut SOP KKM untuk jaga diri kita. Kita masih belum selamat .. Insyallah semua akan dipermudahkan ..