Skip to main content
Khairy Jamaluddin Beritahu Berapa Harga Vaksin C0VlD19 Untuk Seorang Rakyat Malaysia

Kerajaan sedang meninaju harga indikatif pemerolehan bagi vaksin Covid-19 yang dianggarkan berharga antara AS$5 hingga AS$20 (RM21 hingga RM83) seorang bagi rakyat negara ini, menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Memetik laporan Astro Awani, beberapa vakisn ditawarkan kepada negara ketika ini dengan harga berbeza dan kerajaan perlu mengkaji setiap vaskin terlebih dahulu.

"Mengenai harga, kita sedang meninjau sekitar antara AS$5 (RM21) hingga AS$20 (RM83) bagi setiap orang. Ia adalah harga indikatif buat masa ini dan ia bergantung kepada rundingan.

"Ada beberapa vaksin ditawarkan kepada kita dengan harga AS$5 dan ada juga lebih AS$20. Kita belum tahu lagi kerana ada beberapa vaksin mempunyai dos yang pelbagai dan kita perlu mengkajinya," katanya seperti memetik laporan Astro Awani.

Tambah Khairy, langkah itu belum pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini iaitu membeli produk yang belum dibuat dan diluluskan lagi.

Bagaimanapun jelas beliau, kerajaan juga sedang mengkaji dari sudut perundangan mengenai pembelian awal vaksin itu.

Sumber: Astro Awani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.