Skip to main content
Kes murid s4man ‘guru tak hadir sekolah 7 bulan’ didengar 2 Nov

Kes seorang murid yang menyaman guru bahasa Inggerisnya atas dakwaan tidak masuk kelas selama tujuh bulan akan didengar pada 2 Nov ini.

Nafirah Siman, yang sudah berumur 20 tahun kini memfailkan tind4kan undang-undang itu ke atas gurunya Jainal Jamran, pada Oktober 2018 lalu.

Kes terbabit sepatutnya dibicarakan pada Mei lalu namun terpaksa ditunda ekoran w4bak C0vid-19.

Dalam sam4nnya, pelajar itu mendakwa Jainal tidak hadir untuk mengajar subjek Bahasa Inggeris di kelasnya pada tahun 2015.

Pada ketika itu, Nafirah berada di Tingkatan 4 dan bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi, Kota Belud, Sabah.

Kenyataan dari wakilnya berkata, Nafirah mahukan kes itu dibawa ke Mahkamah Tinggi di Kota Kinabalu.

Defendan yang tidak dinamakan hanya sekolah itu.

Selain Jainal, defendan lain yang turut dinamakan adalah guru besar sekolah pada ketika itu, pegawai pendidikan daerah Kota Belud, ketua pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Kementerian Pendidikan dan kerajaan.

Pihak pembelaan Nafirah juga berjaya untuk memohon mendapatkan keterangan lebih lanjut kerana apa yang diterima mereka tidak diserahkan oleh defendan secara sukarela.

Dalam satu kenyataan pada Disember 2018 lalu, defendan men4fikan dakwaan Nafirah yang berkata Jainal tidak hadir ke kelasnya.

Kenyataan dari represantasi Nafirah juga berkata kes melibatkan guru tidak bertanggungjawab terus meningkat di Kota Belud.

Kenyataan itu merujuk kes seorang guru sekolah rendah di Kota Belud yang dipenj4rakan selama 11 tahun dan 2 sebatan kerana mencabul dua murid, berumur 8 dan 15 tahun.

Kenyataan itu juga menambah, terdapat laporan yang dipetik Pengarah Pendidikan Sabah berkata bahawa terdapat lapan kes guru besar sekolah di Sabah juga tidak hadir.

Kronologi kes:

Kenyataan Akhbar Plaintif — Tiada.Guru

Oktober 2018 — Ucapan Plaintif "Lebih membvrukkan keadaan, guru ini dilindungi oleh pihak sekolah." Kenyataan media untuk media antarabangsa daripada Siti Nafirah tentang pemfailan kes beliau di Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak. Kes ini merupakan mercu bagi kes berkepentingan awam dalam sistem pendidikan di Malaysia

KOTA BELUD, Malaysia | 7 August 2019

  • Kenyataan media ini dikeluarkan oleh Siti Nafirah sehari selepas penyerahan surat sam4n ada penghujung Oktober 2018. Kenyataan ini telah terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada pasukan peguam Siti Nafirah.
  • Bahasa Malaysia telah digunakan dalam kenyataan media ini.
  • Pada tahun 2015, saya merupakan salah seorang pelajar Tingkatan 4 Perdagangan yang dianiayai oleh guru B.Inggeris kami yang tidak masuk kelas dari bulan Februari sehingga bulan Oktober. Saya dan kawan-kawan lain sangat tertekan pada ketika itu kerana kami takut kami akan g4gal dalam peperiksaan. Kami mahu belajar. Kami sentiasa menanti kehadiran guru Bahasa Inggeris kami masuk kelas mengajar. Pernah sekali kerana terdesak, kami cuba mencari guru ganti untuk mengajar kami. Sehinggalah sebelum peperiksaan akhir tahun bermula, guru tersebut masuk kelas semula setelah berbulan-bulan kami ditinggalkan. ‍ Hari ini, saya bangkit mengangkat suara generasi kami yang didiamkan selama ini. Saya mewakili generasi pelajar menyeru kepada semua pelajar di Malaysia agar berani mempertahankan hak pendidikan mereka tanpa rasa takut dan gentar. Sekolah ialah tempat untuk guru mengajar, murid belajar. Tetapi, dengan adanya guru yang men4fikan hak pendidikan dan pengetua yang sanggup menipu demi menjaga reputasi diri, hak pendidikan, impian dan harapan kami dimusnahkan begitu sahaja. Di peringkat negara, saya berharap hak pendidikan setiap pelajar di seluruh Malaysia diutamakan. Jangan pernah berlaku lagi penganiayaan seperti ini. Apabila guru tidak masuk kelas, ia menghancurkan pendidikan dan masa depan kami. ‍ Saya ingin tegaskan di sini. Saya sayangkan semua guru yang bekerja keras mendidik dan mengajar kami. Saya sangat hargai pengorbanan cikgu-cikgu saya. Kami semua perlukan guru-guru yang prihatin dan berdedikasi seperti anda semua. Kekes4lan saya ialah guru yang mencuri hak kami, yang tidak mengajar kami dengan baik sehingga kami g4gal dalam peperiksaan. Lebih membvrukkan keadaan, guru ini dilindungi oleh pihak sekolah. Tidak ada tind4kan dikenakan. Guru ini masih bertugas di sekolah tersebut dan masih tidak masuk kelas mengajar. Mengapa pihak sekolah mendiamkan kes ini walaupun memang jelas hak pendidikan kami dicuri? Di mana akauntabiliti semua pihak dalam kes kami? Mengapa pengetua tidak mengambil tind4kan? Mengapa pihak PPD membiarkan kami? Mengapa JPN berdiam diri? ‍ Pendidikan berkualiti adalah harapan kami untuk mengubah kem1skinan. Di SMK Taun Gusi, kebanyakan pelajar datang dari keluarga susah. Di sekolah itu juga, kebanyakan guru pernah merasai kes3ngsaraan dan kem1skinan semasa mereka menjadi pelajar seperti kami. Kini, mereka semua berjaya dan hidup mereka lebih senang kerana mereka menerima pendidikan yang baik. Kepada guru yang menganiayai kami, yang mencuri hak pendidikan kami, kami juga mahu belajar. Kami juga ingin berjaya dan memperbaiki kehidupan kami sekeluarga. ‍ Sudah tiba masanya untuk mengakhiri budaya ini. Saya mahu setiap sekolah memberikan pendidikan yang terbaik kepada pelajar. Jika ada guru tidak masuk kelas, hal ini mesti diselesaikan dengan segera. Teachers lose nothing if they don't teach; students lose everything if they don't learn. Budaya takut bersuara ini mesti berakhir. ‍ Tanpa guru, kami tidak boleh berjaya, kami g4gal mencapai cita-cita kami. Tanpa guru, kami hilang arah, kami hilang pendidikan. Tanpa pendidikan, hidup kami h1na dan tiada makna. ‍ Demi masa depan generasi kami, apa lagi yang lebih penting daripada guru berada dalam kelas mengajar?

    — Siti Nafirah binti Siman, Plaintif yang berumur 18 tahun

    Sumber: mkini, Tiada.guru

    Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

    PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.