Skip to main content
Kes C0VID-19 meningkat, Dr Maza tegur pemimpin kerajaan

KUALA LUMPUR: Sikap kurang prihatin sesetengah pemimpin politik yang tidak mengikuti prosedur operasi standard (SOP) dalam menangani pand3mik C0VID-19 mengec3wakan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Menerusi satu hantaran di Instagramnya yang bertajuk 'Perlukah Semua Ke Sana, Sehingga Bahaya Kita Di Sini?', Dr Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza menulis tentang sikap ahli politik yang berb0ndong-bndong ke Sabah ketika pilihan raya negeri tersebut baru-baru ini.

Soal beliau, ketika PRN Sabah baru-baru ini, perlukah semua menteri dan pemimpin politik untuk turut berada di Negeri Di Bawah Bayu itu untuk berkempen.

"Persoalan kita, perlukah semua orang politik ke sana? Perlukah semua menteri, semua kepimpinan parti, semua yang berjawatan dalam parti turut serta? Cacatkah kempen tanpa mereka?

"Itu belum lagi jika ada yang bertanya, peruntukan terbang ke sana dan penginapan serta pergerakan, di bawah tanggungan kerajaan atau sendirian?!" katanya.

Beliau juga hairan dengan sikap sesetengah ahli politik yang dikenali jarang turun ke kawasan sendiri tetapi sibuk berkempen di Sabah.

"Lebih ganjil lagi, ada orang politik yang di Semenanjung pun tidak begitu berfungsi dan berpengaruh, cuba membina pengaruh di Sabah?

"Ada yang dalam negeri sendiri atau kawasan sendiri selalu menghilangkan diri, tiba-tiba muncul dan sibuk di Sabah. Jikalau itu masalah peribadi mereka dan parti mereka sahaja tidaklah mengapa.

"Namun, ia telah menjadi masalah rakyat dan masalah kita semua pekerja yang bekerja untuk negara. Nak ke pejabat pun kita sudah bimbang," katanya lagi.

Dr Maza juga berkata jika hanya sebahagian sahaja yang mematuhi SOP, maka C0VID-19 akan terus mereb4k.

Katanya, sekiranya ada yang tidak mematuhi SOP, yang bakal menjadi mangsa adalah mereka yang patut dan menjaga segala peraturan yang ada.

"Namun, jika hanya setengah yang patuh dan setengah lagi tidak, maka sebab musabab C0VID-19 mereb4k akan terus berlaku ke semua peringkat dan kena kepada semua.

"Kawasan wabak jangan dimasuki. Jika sudah masuk, wajib kuarantin diri. Itu SOP yang diajar oleh Nabi SAW dan dipersetujui oleh sekelian manusia tanpa mengira agama.

"Jika ada yang tidak patuh, maka akan menjadi mangsalah mereka yang patuh dan sekalian mereka yang menjaga segala peraturan yang ada," tulis beliau.

View this post on Instagram

Perlukah Semua Ke Sana, Sehingga Bahaya Kita Di Sini? Sakit dan sembuh adalah takdir ALLAH. Namun, ALLAH menempatkan sebab musabab bagi kejadian-kejadian dalam kehidupan manusia. Mematuhi SOP adalah salah satu sebab musabab yang boleh mengelakkan COVID 19. Namun, jika hanya setengah yang patuh dan setengah lagi tidak, maka sebab musabab COVID 19 merebak akan terus berlaku ke semua peringkat dan kena kepada semua. Kawasan wabak jangan dimasuki. Jika sudah masuk, wajib kuarantin diri. Itu SOP yang diajar oleh Nabi s.aw. dan dipersetujui oleh sekelian manusia tanpa mengira agama. Jika ada yang tidak patuh, maka akan menjadi mangsalah mereka yang patuh dan sekelian mereka yang menjaga segala peraturan yang ada. Pimpinan kerajaan yang menetap SOP, mereka amatlah wajar mematuhi peraturan dan SOP yang ditetapkan oleh mereka sendiri. Demikian juga segala orang politik tanpa mengira parti yang selalu berbicara tentang kononnya 'kepentingan rakyat'. Begitu ramai mereka yang ke sana berkempen dan pulang tanpa mematuhi SOP. Hari ini semua kita bimbang. Semua mesyuarat yang kita hadiri, kita terpaksa bertanya, apakah anda telah mempunyai contact dengan menteri dan orang politik yang ke Sabah baru-baru ini? Lihatlah, betapa ramai kakitangan kerajaan terdedah kepada bahaya kerana politik orang lain. Persoalan kita, perlukah semua orang politik ke sana? Perlukah semua menteri, semua kepimpinan parti, semua yang berjawatan dalam parti turut serta? Cacatkah kempen tanpa mereka? Itu belum lagi jika ada yang bertanya, peruntukan terbang ke sana dan penginapan serta pergerakan, di bawah tanggungan kerajaan atau sendirian?! Lebih ganjil lagi, ada orang politik yang di Semenanjung pun tidak begitu berfungsi dan berpengaruh, cuba membina pengaruh di Sabah? Ada yang dalam negeri sendiri atau kawasan sendiri selalu menghilangkan diri, tiba-tiba muncul dan sibuk di Sabah. Jikalau itu masalah peribadi mereka dan parti mereka sahaja tidaklah mengapa. Namun, ia telah menjadi masalah rakyat dan masalah kita semua pekerja yang bekerja untuk negara!! Nak ke pejabat pun kita sudah bimbang. Semoga ALLAH selamatkan negara ini.

A post shared by Dr MAZA (@drmaza_official) on Oct 5, 2020 at 9:46pm PDT

Beliau juga dengan tegas menggesa pemimpin-pemimpin kerajaan agar mematuhi SOP yang ditetapkan oleh mereka sendiri.

Malah beliau secara sinis menegur sikap pemimpin politik tanpa mengira parti yang tidak mematuhi SOP tetapi dalam masa yang sama berbicara tentang kepentingan rakyat.

"Pimpinan kerajaan yang menetap SOP, mereka amatlah wajar mematuhi peraturan dan SOP yang ditetapkan oleh mereka sendiri.

"Demikian juga segala orang politik tanpa mengira parti yang selalu berbicara tentang kononnya 'kepentingan rakyat'.

"Begitu ramai mereka yang ke sana berkempen dan pulang tanpa mematuhi SOP," katanya.

Kes C0VID-19 meningkat mendadak sejak kebelakangan ini dengan kes baharu pada 5 Oktober sebanyak 432 kes merupakan yang tertinggi setakat ini.

Beberapa ahli politik termasuk Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad turut disahkan positif selepas pulang dari Sabah.

Sumber: Awani

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.