Skip to main content
Kenapa Perdana Menteri Tidak Pakai Gelang Pink Sedangkan Dikuarantin. Ini Jawapan KKM

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak diberikan gelang pengawasan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dalam satu kenyataan, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, berdasarkan penilaian risiko yang dibuat pegawai KKM pada 5 Oktober lalu, beliau dinasihatkan menjalani kuarantin kendiri dan memantau status kesihatan kendiri di rumah setiap hari selama 14 hari menggunakan home assessment tool (HAT) dalam aplikasi MySejahtera.

Sehubungan itu, dakwaan bahawa Perdana Menteri melanggar arahan KKM adalah tidak benar.

"Untuk makluman, keputusan ujian saringan pengesanan Covid-19 yang dilakukan pada 5 Oktober ke atas Perdana Menteri disahkan negatif pada 6 Oktober lalu.

"Selain itu beliau juga melakukan tiga ujian pengesanan Covid-19 dalam tempoh tiga minggu lalu iaitu pada 22,26 dan 29 September 2020 dan didapati negatif," katanya.

Walau bagaimanapun, beliau dinasihatkan untuk segera mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya mengalami gejala semasa dalam tempoh pemantauan terbabit.

Kenyataan itu juga menyebut, setakat ini keadaan kesihatan Perdana Menteri adalah baik dan akan terus melakukan kuarantin kendiri sehingga selesai tempoh 14 hari yang ditetapkan KKM.

Semalam tular di media sosial gambar Muhyiddin tidak memakai gelang pengawasan ketika siaran langsung menyampaikan perutusan khas situasi semasa Covid-19.

Sumber : HMETRO ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.