Skip to main content
Kenapa Ada Yang Tak Kuarantin Balik Dari Sabah? Jawapan Frontliner Sayu Habis

Sharing is caring!

Baru saja memasuki bulan Oktober, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan catatan 260 individu disahkan positif Covid-19. Menerusi info yang dikongsi di Twitter rasmi KKM, ia merupakan jumlah rekod harian kedua tertinggi sejak pandemik tersebut melanda negara sepanjang tahun ini. Majoritinya berkait rapat dengan pengunjung yang baru pulang dari Sabah, sekali gus mengundang kerisauan ramai.

BACA: COVID-19 Di Malaysia Melarat Semula, Frontliners Mungkin Kembali Beraksi..

Kenapa Ada Yang Tak Kuarantin Balik Dari Sabah? Jawapan Frontliner Sayu Habis

Kes hari ini kedua tertinggi sejak wabak #COVID19 melanda negara. Kes tertinggi 277 pada 4 Jun lalu.

— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) October 1, 2020

Terkini #COVID19Malaysia 1 Okt 2020Kes sembuh=47Jumlah kes sembuh= 10,014 kesKes positif= 260(kes import=1, kes tempatan=259)Jumlah positif= 11,484 kesKes kematian= 0Jumlah kes kematian= 136Kes dirawat di ICU=20 kesBantuan Alat Pernafasan=3 kes pic.twitter.com/HSoUhwVRpu

— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) October 1, 2020

Di sebalik berita tersebut, perkongsian yang dicoretkan oleh pakar motivasi Akhi Fairuz Al-Jengkawi ini lebih mendukacitakan. Ketika dipakaikan gelang pink susulan ahli keluarganya ada kaitan dengan Kluster Tembok yang baru bermula di Alor Setar semalam, dia sempat bertanyakan kepada salah seorang frontliners yang bertugas tentang peningkatan jumlah rekod di Sabah. Hal ini kerana dikhabarkan ada sesetengah pihak tak mematuhi proses SOP Covid-19. Walaupun ringkas, tapi Akhi menyatakan bahawa jawapan yang diberikan sebenarnya cukup mendalam.

Masa nak dipakai gelang pink tadi, sy tanya juga pasal isu Sabah. Kenapa ada yg tak dipakai gelang pink & dikuarantin 14 hari bila balik Semenanjung?

Staf klinik jawab, "mereka bangsawan."

Ringkas. Tapi mendalam.

"Yg teruknya kami frontliners & kita semua."#RakyatJagaRakyat https://t.co/bMuaZoc0Hc

— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) October 1, 2020

Kenapa Ada Yang Tak Kuarantin Balik Dari Sabah? Jawapan Frontliner Sayu Habis

Kenapa Ada Yang Tak Kuarantin Balik Dari Sabah? Jawapan Frontliner Sayu Habis Kredit foto: BH Online

Menerusi kenyataan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah hari ini, beliau menerangkan cuma golongan mempunyai simptom serta ada contact rapat dengan individu positif Covid-19 dari Sabah saja yang wajib kuarantin 14 hari. Malah arahan daripada pihak KKM juga berbeza terhadap setiap pengunjung kerana bukan semua daerah di Sabah dikategorikan sebagai zon merah.

3. Bagi tiada simptom mereka hanya bebas HSO selepas keputusan saringan adalah negatif tetapi perlu patuh sepenuhnya SOP dan peka pada gejala-gejala.

Arahan berbeza kpd mereka yg tiba dari Sabah kerana bukan seluruh Sabah zon merah. KKM mesti berlaku adil.

— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) October 1, 2020

Sumber: Twitter KKMPutrajaya & akhifairuz_

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!