Skip to main content
Kecoh dipanggil SPRM disyaki terlibat kes penggvbahan wang haram, Siti Sarah Mula Buka Mulut

EKORAN pasangan selebriti, Siti Sarah dan Shuib dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, akhirnya Siti Sarah tampil memberi penjelasan.

Menerusi laman Intagram miliknya, katanya mereka dipanggil hanya untuk memberi kerjasama.

"Alhamdulillah syukur …kami dipanggil hanya untuk memberi kerjasama dan menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia," tulisnya.

Semalam, pengurusnya, Nana Mohamad Rom turut menyatakan hanya keterangan Shuib sahaja yang diambil oleh pihak SPRM manakala Sarah hanya menemani suaminya sahaja.

Kec0h isu Siti Sarah dan Shuib dipanggil SPRM, ini yang terjadi

Terdahulu media melaporkan pasangan selebriti itu dipercayai dipanggil SPRM semalam setelah disyaki terlibat dalam kes penggvbahan wang haram membabitkan perniagaan air yang dijalankan mereka.

Semalam, pasangan selebriti itu hadir ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya untuk diambil keterangan membabitkan kes tersebut.

Difahamkan selain Sarah dan Shuib, beberapa individu termasuk selebriti lain yang mempunyai kaitan dengan kes terbabit mungkin akan dipanggil.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan terdapat pasangan selebriti dipanggil pihaknya, namun beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

Dalam ada itu Syarikat rakaman dan pengurusan Indigital Music memaklumkan artis mereka, Siti Sarah Raissuddin hanya menemani suaminya, Shuib Sepahtu ketika pelawak itu hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasu-ah Malaysia (SPRM), Putrajaya, awal pagi hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan Indigital Music selepas tersebar berita mengatakan pasangan selebriti itu dipanggil untuk membantu siasatan berhubung pengubahan wang haram.

"Untuk makluman hanya keterangan Shuib saja yang diambil SPRM manakala Sarah hanya menemani suaminya saja.

"Buat masa ini pihak kami tidak dapat mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi berkenaan perkara itu untuk tidak mengganggu siasatan SPRM bagi menghormati sistem perundangan negara kita," katanya.

Pihak Indigital Music juga memaklumkan bahawa kerjasama sepenuhnya diberikan kepada pihak SPRM untuk membantu siasatan.

Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatkan kenyataan daripada Sarah dan Shuib tidak berjaya apabila talian telefon mereka dimatikan.

MyMetro melaporkan pasangan selebriti itu dipanggil SPRM bagi membantu siasatan dipercayai berkaitan kes pengubahan wang haram.

Difahamkan, pasangan berkenaan masing-masing berusia 36 tahun hadir ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya sejak 4 pagi hari ini.

Difahamkan, terdapat beberapa individu termasuk seorang usahawan terkenal turut dipanggil memberi keterangan

Dalam pada itu ramai netizan dan rakan artis menyokong dan mendoakan kedua-dua pasangan itu