Skip to main content
Jurutol disimbah air milo ais, Ini penjelasan pihak KESAS

KUALA LUMPUR – Pihak Lebuhraya Shah Alam (KESAS) membuat satu laporan polis berhubung kejadian seorang jurutol yang bertugas di Lebuhraya Shah Alam (LSA) disimbah air minuman berbungkus oleh seorang lelaki seperti yang tular di media sosial hari ini.

KESAS dalam satu kenyataan memaklumkan siasatan mendapati kejadian berlaku selepas seorang individu yang melalui satu daripada lorong tol tidak dibenarkan membuat urusan tambah nilai di tempat tersebut.

"Individu berkenaan tidak berpuas hati dengan jurutol terlibat yang tidak membenarkan transaksi dilakukan di lorong tempat dia (suspek) lalui, di mana sebenarnya pihak KESAS telah menyediakan lorong khas untuk urusan tambah nilai berkenaan.

Jurutol direhatkan dari bertugas

"Susulan kejadian itu, KESAS membuat laporan polis bagi membuat siasatan berhubung kejadian itu. Jurutol yang terlibat turut direhatkan daripada bertugas," menurut kenyataan itu.

Terdahulu, tular satu rakaman kamera litar tertutup tol berkenaan memaparkan seorang individu menaiki kereta jenis Perodua Bezza yang bertindak keluar dari kenderaannya sebelum menyimbah air minuman berbungkus kepada jurutol di LSA. – Bernama

05Oct2020/SelangorRakaman CCTV seorang pemandu kereta menyimbah air kepada Jurutol di pondok Tol Lebuhraya Kesas pada pagi tadi.Sumber Instagram: @Ften.syfqah#inforoadblock

Posted by Info Roadblock JPJ/POLIS on Monday, October 5, 2020

Menceritakan semula kejadian itu, mgsa yang dikenali sebagai Faten berkata, kejadian itu berlaku pada jam 7.30 pagi Isnin (5/10/2020) di pondok Tol Lebuhraya Kesas.

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu kini viral di media sosial dan mengundang banyak reaksi netizen yang menge-cam tindakan lelaki yang tidak beradab lagi bi-adab itu.

Cerita Dia Macam Ini

"Pukul 730am dia masok line faten minta nak topup, faten cakap sini touch n go sahaja takde topup, topup lorong sebelah, dia nak juga topup katanye"

"Faten suruh dia bayar 2 ringgitt sahaja tapi dia berkerrass nak juga topup sebab dia kata nak lalu tol depan takde tempat topup"

"Pukull 9.20 dia lalu lagi sekali dengan bawa air milo ais dia tuu, minum sambil cakap lain kali jangan suka suka nak kenaakan orang teruss simbahh"

Komen Dari Orang Ramai

Tp tulah.. Tol kata pergi RNR topup tp mesiin dia x terima duit kertass plak..pergi stesen mnyk msin topup tng rosakk.. Dah xblh kluar tol.. Brenti kt kaunter kena jln pergi kaunter hujung.. Dh org belakang pandang jakii je… Moral of stories.. Ikut jln dlm lah senang.. Hahahaha

Harap PLUS dan tol2 lain boleh banyakkan kaunter dan tempat topup di setiap tol. Buat masa ni, melimittkan tempat topup sebab nak galaklkan orang awam pakai RFID bukan jalan yang terbaikk sebab rfid pun tak stabbil lagi ni. Kesiaan orang tol. Tak pasal2 kena simbaah air.

Sumber : InfoRoadBlock/OMAdmin