Skip to main content
Jemput Individu COVID-19 Di Rumah, Frontliner Indonesia Terkilan Dilumur Najis

Sharing is caring!

Setelah mampu menarik nafas lega, kini Malaysia kembali berada dalam situasi meresahkan ekoran penularan aktif COVID-19 sejak beberapa hari ini. Namun begitu, penderitaan yang dialami oleh jiran kita iaitu negara Indonesia dalam mendepani wabak pandemik tersebut juga kian berterusan. Mencatatkan sekitar 10,856 kematian dengan hampir 300,000 individu positif, frontliner di sana terus bekerja keras meskipun berdepan dengan 1001 cabaran.

BACA : Putus Asa Hadap Kedegilan Rakyat, Kini Gaji Frontliner Indonesia Dipotong Pula

Terhahulu pernah tular bahawa pendapatan gaji golongan pakar perubatan di sana dikurangkan atas beberapa sebab tertentu walaupun mereka komited melaksanakan tugas menguruskan bilangan individu positif yang semakin ramai. Tidak cukup dengan itu, semalam media Indonesia juga kecoh melaporkan berita sekumpulan frontliner yang terpaksa berhadapan dengan sikap menjijikkan ahli keluarga kepada seorang patient COVID-19.

Jemput Individu COVID-19 Di Rumah, Frontliner Indonesia Terkilan Dilumur Najis Gambar sekadar hiasan

Ketika itu, mereka telah datang ke rumah patient terbabit untuk membawanya pergi mendapatkan rawatan lanjut di pusat kesihatan. Lengkap memakai suit PPE, mereka bertiga mula terkejut apabila isteri kepada individu tersebut tiba-tiba datang dan melumurkan kotoran berbentuk najis. Dek kerana sedang membuat proses mengangkat patient, para petugas ini tidak boleh berbuat apa-apa selain meneruskan kerja seperti biasa.

Jemput Individu COVID-19 Di Rumah, Frontliner Indonesia Terkilan Dilumur Najis

Bukan sahaja menyifatkan ia tidak sepatutnya berlaku, malahan seorang doktor meluahkan rasa terkilan memandangkan semua petugas kesihatan begitu komited dalam memberikan khidmat kepada masyarakat. Sehingga kini,  motif di sebalik tindakan menjijikkan itu masih belum diketahui.

Jemput Individu COVID-19 Di Rumah, Frontliner Indonesia Terkilan Dilumur Najis

Jemput Individu COVID-19 Di Rumah, Frontliner Indonesia Terkilan Dilumur Najis Gambar sekadar hiasan

Sumber : News Detik.Com,

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!