Skip to main content
Jasad Kaku Di Ruang Tamu, Gadis Ajal Di Tangan Kenalan Lelaki Angkara Cemburu

Sharing is caring!

Tidak dinafikan, sikap cemburu buta yang menguasai diri itu mampu memusnahkan sesebuah hubungan. Turut mengalami nasib sama, seorang gadis dilaporkan telah menemui ajal di tangan kenalan lelakinya dalam satu insiden ngeri.

BACA : Bagi Alasan Boleh Nikah 4, Suami Nahas Lepas 'Kantoi' Duakan Cinta Isteri

Siti Nor Sufieza Md. Sharif yang lengkap berpakaian ditemui rakan serumahnya sewaktu baru pulang dari kerja. Kejadian dipercayai berlaku sekitar tengah malam semalam di Taman Mahsuri, Jitra. Memetik laporan daripada Berita Harian, terdapat beberapa kesan biru pada jasad gadis berusia 23 tahun berkenaan selepas ditemui.

Jasad Kaku Di Ruang Tamu, Gadis Ajal Di Tangan Kenalan Lelaki Angkara Cemburu 2

Jasad Kaku Di Ruang Tamu, Gadis Ajal Di Tangan Kenalan Lelaki Angkara Cemburu 3

Jasad Kaku Di Ruang Tamu, Gadis Ajal Di Tangan Kenalan Lelaki Angkara Cemburu 4

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner (SAC) Sapii Ahmad memaklumkan pihaknya sudah menahan seorang lelaki berusia 22 tahun dari Pokok Sena  untuk membantu siasatan. Tambahnya, hasil pemeriksaan mendapati tiada barangan peribadi miliknya lesap dan keadaan rumah juga tidak berselerak.

Jasad Kaku Di Ruang Tamu, Gadis Ajal Di Tangan Kenalan Lelaki Angkara Cemburu 5

Jasad Kaku Di Ruang Tamu, Gadis Ajal Di Tangan Kenalan Lelaki Angkara Cemburu 6 Kredit Foto : Harian Metro

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu berkata pihaknya menerima maklumat berhubung insiden tersebut pada jam 12.10 tengah malam sebelum mengerah anggotanya ke lokasi terbabit. Suspek yang bekerja sebagai peniaga pasar malam bagaimanapun akan dihadapkan ke mahkamah selain mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari.

Jasad Kaku Di Ruang Tamu, Gadis Ajal Di Tangan Kenalan Lelaki Angkara Cemburu 7

Sumber : Berita Harian

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!