Skip to main content
Jalani ku4rantin kendiri, Dr Noor Hisham akan tetap beri pekembangan C0vid-19 dari rumah

KETUA Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akan memberi perkembangan terkini mengenai situasi C0vid-19 di negara ini, dari rumah.

Dr Noor Hisham kini menjalani ku4rantin kendiri di kediamannya, setelah menghadiri mesyuarat yang melibatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Zulkifli disahkan p0sitif C0vid-19 pada Isnin.

Dr Noor Hisham, yang mengadakan sidang media yang disiarkan secara langsung di saluran TV nasional sejak Mac lalu, akan disiarkan menerusi Facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Selasa (6 Oktober) pukul 5.30 petang.

Menurut kementerian itu, Dr Noor Hisham akan memberikan maklumat terkini mengenai situasi C0vid-19 dan akan menjawab beberapa soalan yang dikemukakan oleh media.

Mesyuarat yang dihadiri oleh Zulkifli dan Dr Noor Hisham adalah mesyuarat Majlis Keselamatan Negeri (MKN) berkaitan dengan C0vid-19, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin dan beberapa menteri lain juga menjalani ku4rantin kendiri berikutan Zulkifli disahkan p0sitif C0vid-19.

Kontak rapat Dr Zulkifli hadir Mesyuarat Khas MKN, diarah jalani ku4rantin 14 hari

Foto: Oh My Media

Semalam, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau disahkan p0sitif C0vid-19.

Sehubungan dengan itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sedang menjalanai ku4rantin di kediaman masing-masing.

Ia berikutan kedua-dua pemimpin itu mempunyai kontak rapat dengan Dr. Zulkifli kerana turut hadir pada Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 3 Oktober lalu.

Kontak rapat mesyuarat MKN kena ku4rantin

Berdasarkan sebuah kenyataan oleh Muhyiddin, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah menjalankan ujian saringan pengesanan C0vid-19 kepada semua ahli dan urusetia mesyuarat tersebut.

Berdasarkan penilaian risiko yang dilakukan oleh KKM, mereka yang dikenal pasti kontak rapat semasa mesyuarat ini diberikan surat perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) selama 14 hari dari tarikh 3 Oktober lalu dan dipakaikan gelang pengawasan.

Difahamkan, ahli mesyuarat yang bukan menjadi kontak rapat juga dinasihatkan untuk menjalani ku4rantin kendiri bermula 3 Oktober hingga 16 Oktober bagi mengawasi tahap kesihatan mereka.

Batal sidang media

Memandangkan sudah menjadi kontak rapat kes p0sitif C0vid-19, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob segera membatalkan sidang media yang sepatutnya diadakan pada jam 2 petang kerana enggan memberi risiko kepada petugas media.

"Selepas habis mesyuarat, saya dimaklumkan bahawa Menteri Hal Ehwal Agama p0sitif C0vid-19. Saya berada di dalam mesyuarat itu (bersama Zulkifli)…"

"Oleh itu, saya membuat keputusan segera untuk membuat swab test (ujian calitan) dan balik ke rumah untuk self-quarantine. Saya tidak mahu sidang media itu boleh membahayakan (petugas) media…"

Diharapkan, perintah ku4rantin ini dapat dilaksanakan dengan baik dan mengikut SOP yang ditetapkan.

Sumber: Tan Sri Muhyiddin Yasin & Datuk Seri Ismail Sabri , The Star

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.