Skip to main content
Isteri Syamsul Yusof, Puteri Sarah Beritahu Pernah Kegvguran Sebelum Ini

Pelakon Puteri Sarah mendedahkan dia pernah melalui episod duka selepas mengalami kegu-guran disebabkan kandungan berada di luar rahim.

Menurut Puteri Sarah, 34, dia terpaksa menjalani pembe-dahan ketika itu bagi menyelamatkan nya-wanya daripada terkorban.

"Menyayat hati. Satu benda yang harus diketahui. Sarah pernah kegu-guran dulu sebelum mengandungkan anak pertama Syaikhul, masa itu tahun 2014.

"Ecto-pic pregnancy (kehamilan luar rahim), lagi menakutkan..sakit perut teruk nak pengsan dan nasib baik masa itu cepat pergi hospital.

"Apabila kena Ecto-pic pregnancy tak bedah cepat-cepat ibu boleh mening-gal ya," tulisnya menerusi Instagram Stories pada Jumaat lalu.

Menerusi perkongsian tersebut, Puteri Sarah turut memuat naik posting isteri penyanyi John Legend, Chrissy Teigen yang baru sahaja mengalami keguguran, baru-baru ini.

Tambah pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin ini, kejadian tersebut terjadi pada awal perkahwinannya bersama pelakon dan pengarah Syamsul Yusof.

"Dah la masa tu baru empat bulan berkahwin, masa kena itu banyak penda-rahan dalaman.

"Kalau tak cepat-cepat, dah mening-gal kut. Allah masih bagi peluang untuk hidup dan lahirkan Shaikhul dan Sumayyah, bersyukur masih hidup!" tulisnya lagi.

Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.

Sumber : GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.