Skip to main content
Ini Perkara-perkara Yang Akan Diwajibkan Sekiranya PRU 15 Diadakan

Johor Bahru: Kerajaan perlu mengkaji semula Prosedur Operasi Standard (SOP) atau mewujudkan sistem pengundian baharu sekiranya mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ketika negara masih dibelenggu pandemik C0vid19.

Ketua Biro MCA Penyelarasan Hal Ehwal Kerajaan Michael Tay Chee Boon berkata, kerajaan perlu mengambil iktibar berikutan peningkatan kes C0vid19 selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

"Semua tahu, penularan wabak ini entah bila akan berakhir, justeru perlu ada kaedah bagi menambah keyakinan rakyat untuk mengundi dan menunaikan tanggungjawab (sekiranya PRU-15 diadakan).

"Sama ada perlu membuat sistem menggunakan pos atau kaedah lain tanpa mengundi perlu pergi ke pusat mengundi bagi mengelakkan dijangkiti wabak ini, atau perlu mengetatkan lagi SOP sedia ada.

"Berdasarkan kaji selidik yang saya lakukan, ramai yang memilih untuk tidak keluar mengundi (jika PRU-15 diadakan) sekiranya sistem undian sama ketika pandemik C0vid19," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, sekiranya PRU-15 dijangka dilaksana tidak lama lagi, kaedah baharu pengundian yang menjamin keselamatan rakyat di bawah norma baharu perlu difikirkan sekarang.

"Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) mungkin berjaya mengikut kaedah norma baharu sedia ada.Mengambil kira situasi C0vid19 selepas PRN Sabah, ramai yang takut keluar untuk mengundi selepas ini. Jadi kerajaan perlu memikirkan penyelesaian dan kaedah baharu mulai sekarang," katanya.

432 kes baharu C0vid19, tertinggi pernah direkodkan

Penularan C0vid19 dalam negara terus menunjukkan angka tinggi dengan merekodkan 432 kes hari ini, jumlah paling tinggi direkodkan di negara ini menjadikan jumlah kumulatif keseluruhan penularan wabak itu sebanyak 12,813 kes dengan kebolehjangkitan meningkat kepada 2,336 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada kes baharu dilaporkan itu, hanya tiga kes import membabitkan dua warganegara dan seorang bukan warganegara, manakala selebihnya adalah penularan tempatan.

Beliau berkata, daripada 432 kes penularan di dalam negara, 409 kes dikesan dalam kalangan warganegara dan 20 kes bukan warganegara.

Katanya, ada 57 kes yang pulih hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 10,340 kes.

Kredit:HMetro