Skip to main content
“Ini dugaan terbesar dalam hidup saya” Shuib tampil jelaskan kes pengubahan wang haram

Sebelum ini Pelawak, Shuib Sepahtu dan isteri, Siti Sarah Raissuddin tidak ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti dakwaan yang tular dalam media sosial.

Ramai pemniat mula membanjiri IG Shuib dan ingin mengetahui lebih lanjut apa yang sebenranya berlaku ketika beliau di panggil SPRM

"Saya tak terlibat langsung" Shuib

"Ramai DM saya dan banyak yang komen dekat IG. Ada komen yang ok, dan ada komen yang tak ok

"Saya dipanggil SPRM untuk beri keterangan, membantu siasatan berkenaan AMLA, berkenaan pengubahan wang haram

"Saya bukan ditahan, bukan di reman. Harap semua jelas

"Menurut Shuib, dia dan BubbleBee tidak terlibat langsung dengan sebarang kes melibtakan AMLA, pengubahan wang h4ram

"Terima kasih banyak-banyak kepada yang sokong saya

"Saya anggap ini dugaan terbesar dalam hidup saya

"Insyaalah, mintak korang doakan suapaya di permudahkan

Ada Yang Suruh Boik0t Francais Minuman

Dalam pada itu terdapat gesaan untuk menutup dan memb0ikot rangkaian perniagaan minuman Bubble Bee yang diusahakan beberapa selebiriti Malaysia.

Di laman sosial Twitter individu menggunakan nama 'YB Kak Mira' menulis ciapan supaya memboikot francais dibeli Datin A daripada pelawak Shuib.

Ciapan tersebut bagaimanapun telah mendapat perhatian pelakon Sharnaaz Ahmad yang juga pemilik Bubble Bee cawangan Danau Kota, Setapak.

Menerusi ciapannya, Sharnaaz menegur 'YB Kak Mira' dengan menegaskan mereka tiada kaitan dengan aktiviti je-nayah dilakukan datin berkenaan.

"Jangan begitu YB, kami ni takdak (tak ada) kena mengena, kami cari rezeki halal," tulisnya.

Jangan begitu yb, kami ni takdak kena mengena, kami cari rezeki halal.. https://t.co/CXThil0GHS

— Sharnaaz Basir Ahmad (@SharnaazAhmad) October 5, 2020

Disoal siasat selama 23 jam.

Terdahulu, BH Online melaporkan pasangan selebriti dipanggil SPRM bagi membantu siasatan dipercayai berkaitan kes pengubahan wang haram.

Difahamkan, pelawak popular itu dipanggil SPRM bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes pengubahan wang haram mengikut Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM 2001. Anggota kumpulan Sepahtu itu disoal siasat selama 23 jam.

Dalam pada iu,Peguamnya, Muhammad Fadhli M Sutris dari Fadhli Sutris & Associates menafikan dakwaan berkenaan.

Katanya, Shuib dan Siti Sarah hanya dipanggil untuk memberikan keterangan, bukan ditahan reman atau ditangkap.

"Saya selaku peguam mewakili Shuib dan Siti Sarah ingin membuat penjelasan mengenai isu membabitkan anak guam yang dipanggil oleh SPRM, Khamis lalu.

"Saya harus menjawab berita tidak sahih dan spekulasi yang tular dalam media sosial serta media cetak sejak kehadiran anak guam di pejabat SPRM.

"Sebarang kenyataan mengenai kehadiran dan sebab mereka dipanggil memberi keterangan tidak boleh didedahkan buat masa ini, memandangkan masih dalam peringkat siasatan SPRM. Kenyataan mengenai isu ini juga boleh mengganggu siasatan.

"Ia juga sudah dijelaskan oleh pihak syarikat pengurusan, Indigital Music menerusi siaran media yang diedarkan," katanya menerusi satu kenyataan yang diedarkan, petang ini.Muhammad Fadhli berkata, pihaknya sudah menasihatkan anak guamnya dan syarikat pengurusan supaya tidak mengulas sebarang kenyataan.

"Perkara ini amat penting bagi mengelakkan gangguan terhadap siasatan yang sedang dijalankan oleh SPRM.

"Saya juga ingin mengesahkan anak guam saya tidak pernah ditahan reman oleh SPRM mahupun terdapat permohonan reman dibuat ke atasnya. Kehadiran Shuib di pejabat SPRM hanya untuk memberi keterangan sahaja.

"Anak guam saya sudah memberikan kerjasama penuh kepada SPRM sepanjang diambil keterangan. Untuk makluman, rakaman keterangan Shuib diambil dan selesai pada hari yang sama. Shuib kemudiannya dibenarkan pulang selepas selesai proses berkenaan, manakala kehadiran Siti Sarah pula untuk menemani suaminya," katanya.

Beliau berkata, tiada tangkapan mahupun permohonan reman dibuat terhadap kedua-dua anak guam seperti yang dilaporkan beberapa media.

"Semua kenyataan yang tular tidak benar sama sekali.

"Ingin ditekankan sekali lagi kehadiran anak guam saya hanya membantu proses siasatan SPRM. Anak guam saya memberi kerjasama yang baik dalam membantu siasatan," katanya.