Skip to main content
“Ingatkan gaji PM paling tinggi” – SPRM Dedah Gaji Bulanan Menteri Buat Ramai Terngaga

Lonjakan kes Covid-19 yang melanda Malaysia telah membuatkan ramai netizen marah kerana merasakan kebanyakan kes ini adalah berpunca dari ahli politik yang sibuk berkempen di Sabah.

Bukan tu je, sejak kes naik pula, ramai menteri dilihat banyak mendiamkan diri atau buat keputusan yang ramai tak setuju. Disebabkan ini, ramai juga yang tertanya-tanya adakah menteri-menteri ni jalankan tugas seperti yang dah dibayar?

Tapi korang pernah tak tahu berapa sebenarnya gaji bulanan yang diterima oleh beberapa menteri di Malaysia ni? Menurut laman web SPRM, ini adalah gaji yang diterima beberapa menteri di Malaysia setiap bulan termasuk Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin.

1. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin: Pendapatan: RM104,841.65/sebulan

Jumlah aset pula ialah sebanyak 10 juta – 15 juta

Dalam pada itu PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjalani kua-rantin kendiri di kediamannya selama 14 hari.

Langkah itu susulan beliau mempengerusikan Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pada Sabtu lalu.

2. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) – Tok Pa: Pendapatan: RM69,427.20/sebulan

3. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas Khas) – DS Mohd Rezuan Md Yusof :Pendapatan: RM65,407.20/sebulan

4. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-undang) – Dato Takiyuddin Hassan : Pendapatan: RM62,412.13/sebulan

5. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – Datuk Dr Haji Zulkifli Mohamad : Pendapatan: RM56,221.13/sebulan

6. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) – Datuk Seri Panglima Dr Maximus Johnity Ongkili: Pendapatan: RM41,578.13/sebulan

7. Menteri Perdagangan dan Antarabangsa Industri – Dato Azmin Ali: Pendapatan: RM69,186.48/sebulan

8. Menteri Kewangan – DS Tengku Zafrul Tengku Abdul: Pendapatan: RM62,077.20/sebulan

9. Menteri Pertahanan – DS Ismail Sabri: Pendapatan: RM40,122.05/sebulan

10. Menteri Pendidikan – Dato Sr Mohd Radzi: Pendapatan: RM34,242.00/sebulan

11. Menteri Pengangkutan – Dr Wee Ka Siong : Pendapatan: RM65,236.48/sebulan

12. Menteri Pengajian Tinggi – Dr Noraini Ahmad : Pendapatan: RM55,227.20/sebulan

13. Menteri Kesihatan – Dr Adham Baba : Pendapatan: RM57,845.63/sebulan

14. Menteri Wilayah Persekutuan – TS Annuar Musa : Pendapatan: RM55,227.20/sebulan

15. Menteri Sumber Manusia – Datuk Seri Saravanan a/l Murugan : Pendapatan: RM143,628.55/sebulan

Jumlah aset yang dimiliki pula kurang dari 1 juta

Datuk Seri Saravanan a/l Murugan, (lahir 4 Februari 1968) juga dikenali M. Saravanan merupakan seorang Ahli Parlimen Malaysia bagi kawasan Tapah, Perak dan kini menyandang jawatan sebagai Menteri Sumber Manusia bermula 10 Mac 2020. Beliau adalah seorang anggota Kongres India Malaysia (MIC) dan juga bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan di dalam kerajaan gabungan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib Tun Razak.

Sebelum dilantik ke dalam Dewan Rakyat Parlimen Malaysia, Saravanan adalah seorang Senator.Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008,beliau bertanding di kerusi Tapah, Perak dan telah menang mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR). MIC mengalami kekalahan teruk di dalam pilihan raya meninggalkan Saravanan salah satu daripada hanya tiga ahli MIC yang masih ada di dalam Dewan RakyatWalaupun dengan kekurangan kehadiran parti MIC di dalam Parlimen dan kerajaan gabungan Barisan Nasional (BN), Saravanan masih dilantik sebagai Timbalan Menteri.[5] Saravanan pada awalnya telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.

Di dalam MIC, Saravanan dilihat sebagai sekutu mantan Presidennya Samy Vellu, telah dilantik sebagai Naib Presiden MIC atas sokongan Vellu[6] dan untuk mempertahankan Vellu daripada se-rangan pembangkang. Namun beliau telah kalah dalam perebutan hangat jawatan Timbalan Presiden semasa pemilihan semula parti pada 2015 kepada seorang lagi Naib Presiden, S. K. Devamany

16. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi – Dato Dr Khairuddin : Pendapatan: RM71,505.26/sebulan

17. Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat – Datuk Seri Rina Mohd Harun : Pendapatan: RM34,004.48/sebulan

18. Menteri Belia dan Sukan – DS Reezal Merican : Pendapatan: RM59,561.20/sebulan

19. Menteri Hal Ehwal Luar Negeri – DS Hishamuddin : Pendapatan: RM51,113.00/sebulan

20. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi – Khairy Jamaluddin : Pendapatan: RM61,188.22/sebulan

PORTAL PERISYTIHARAN HARTA yang memaparkan jumlah pendapatan menteri kabinet dan jumlah aset yang di miliki mereka

P.s, gaji PM bukan paling tinggi antara kabinet menteri tau!

Dalam pada itu Pandemik Covid-19 terus menjadi anc4man selepas negara mencatatkan 432 baharu kes hari ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi ciapannya memaklumkan daripada jumlah itu sebanyak 429 kes merupakan penu-laran tempatan dan kes tertinggi sejak w4bak itu melanda negara.

Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes po-sitif Covid-19 kepada 12,813.