Skip to main content
Hebat Pakcik Ini, Rakaman Tunjukkan Bagaimana Beliau Beri Makan Pada Burung Buat Netizenn Terpegun

Di dunia ini, kita berkongsi kehidupan dengan pelbagai makhluk lain. Satu daripada makhluk terbesar selain manusia adalah haiwan.

Kita dan haiwan saling memerlukan dan sesetengah jenis haiwan juga menjadi hidangan kita. Tidak semua aspek kehidupan kita sama, tetapi banyak aspek zahiriah kita ada persamaan dengannya.

Jelas, amalan menjaga, merwat atau memberi makanan serta minuman kepada haiwan adalah amalan yang sangat terpuji dan mulia di sisi agama.

Menerusi perkongsian dari laman Oh My Media, video yang menunjukkan seorang pakcik memberi makan pada burung dengan hanya melaungkan suara beliau sahaja tarik perhatian orang ramai.

Setakat artikel ini dibuat, posting tersebut sudah menerima lebih 5 ribu sukaan serta lebih 1 ribu kongsian.

Antara Komen Orang Ramai

Kenal sangat pak cik ni..lamanya dia bekerja kat restoran nasi kandar hussain tu..dulu time menetap kat sg petani 9 tahun lepas selalu makan situ sbb dekat dgn office..pak cik ni memang baik..dia tiap2 pagi selalu bg burung merpati makan..seronok tgk teletah dia..rindunya..tak sangka..hahahah..entah ingat saya lg ke tak.

Teringat duk bg makan burung merpati ngan burung apa ntah lg kt umah sewa dulu.. Kalo lambat sket panggil mkn.. Diorg duk bertenggek kt pintu duk chirp2 bgtau nak mkn.. Comel gilerr.. Saje kdg buat lambat bg mkn nk tggu diorg panggil. Ada tu sekor siap masuk dlm umah panggil kita tgh tgk tv.. Sakan lapo sekor tu.. Yg lain dh ready kt luar.

Semoga pakcik sekeluarga dimurahkan rezeki, diberi kesihattan yang baik dan dijauhkan benda yg tidak diingini. Amin Ya Rabbal Alamin.

Indah je amba memberi makan sesama ambanya.

Pakcik ni dr dulu lg msa kecik² nk p sklh dia mst panggil burung nk bg mkn..dh bp puluh thn dia bg mkn mst burung² tu igt dia.

Mudah-mudahan juga burung-burung ini sentiasa mendoakan kesejahteraan beliau dan semoga beliau juga terus dimurahkan rezeki.

Sumber : OM/KreditVideoOMM