Skip to main content
Hari Ini Ebit Lew telah berdepan sendiri dengan VC UPSI. Ini yg berlaku

Semalam Penceramah terkenal, Ebit Lew memohon maaf kepada pentadbiran Universiti Sultan Idris Shah (UPSI) berkaitan isu bantuan yang diberikan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Permohonan maaf tersebut menerusi hantaran di Facebooknya semalam selepas dihubungi oleh Naib Canselor UPSI supaya beliau membuat permohonan maaf secara terbuka.

Hari ini Ebit Lew telah memuat naik satu posting di mana beliau telah berkerja sama dengan baik dengan pihak universiti untuk terus membantu pelajar

"Syukur Alhamdulilllah saya bersama Dato VC Upsi bersama-sama menghantar lagi 2 bas pelajar pulang dari UPSI ke Kelantan dan Terengganu. Esok pagi insyaAllah saya sediakan lagi 5 bas free dan mengikut keperluan pelajar. Saya sedia jer insyaAllah mana-mana universiti lain yang memerlukan.

Seronok tadi. Baik-baik semuanya. Terima kaseh Dato VC dan pihak pentadbiran upsi semuanya termasuk MPP dan warga UPSI. Dato VC minta kerjasama jika ada peluang untuk membimbing pelajar upsi kerja khidmat masyarakat bersama saya.

Satu hari nanti kita dah tiada. Anak-anak inilah pemimpin masa depan. Sayangi dan bimbing mereka. Kita sebuah keluarga."

Syukur Alhamdulilllah balik Kuantan terus saya ke upsi. Malam ni saya bersama Dato VC Upsi menghantar lagi 2 bas pelajar…

Posted by Ebit Lew on Monday, October 5, 2020

Rata-rata netizan lega dengan perkembangan positif ini

"Berpadulah demi Ummah.. Sndri kita rapuh, bersatu kita teguh.. Ustaz ebit trbaik

"bersih benar hatimu..senyuman dan iman seiring bersama.tiada dendam hanya amalan.moga Allah merahmatimu selalu.

Kemelut di antara pendakwah bebas Ebit Lew dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) mungkin akan terlerai selepas pertemuan bersama pihak pentadbiran universiti.

Ia selepas Ebit diminta membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pihak pentadbiran universiti oleh Naib Cancelornya Prof Dr Shatar Sabran, semalam.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami