Skip to main content
Guru p0sitif C0VID-19, SK Permatang Janggus ditvtup hingga 8 Oktober

KEPALA BATAS: Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Janggus, Penaga, di sini diarah tvtup lapan hari selepas seorang guru wanita disahkan p0sitif C0VID-19.

Arahan penutupan itu dikeluarkan Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) yang berkuat kuasa mulai hari ini.

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing and indoor

Pengarah JPNPP, Abdul Rashid Abdul Samad, berkata penutupan sekolah dibuat bagi membendung penularan pand3mik C0VID-19 menjadi lebih serius.

"Setakat ini, sekolah itu akan ditvtup selama lapan hari dan sebarang keputusan lain akan dibuat selepas pihak kami bermesyuarat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Buat masa ini, pihak kami belum mendapat laporan lengkap dari SK Permatang Janggus namun dimaklumkan semua murid di situ perlu menjalani ujian saringan C0VID-19 hari ini," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

BERNAMA - SK Permatang Janggus tutup lapan hari, guru positif COVID-19

Tinjauan yang dilakukan di luar perkarangan sekolah mendapati rata-rata ibu bapa dan penjaga menjadi cem4s ketika menunggu anak-anak mereka menjalani ujian saringan C0VID-19.

Ibu bapa berada di sekolah terbabit selepas mereka menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp bahawa anak mereka diarahkan melakukan ujian berkenaan.

Guru positif COVID-19, SK Permatang Janggus, Penaga ditutup | Astro Awani

Ini berikutan terdapat seorang guru wanita di sekolah itu yang berusia lingkungan 40-an disahkan p0sitif C0VID-19.

Guru wanita itu dilaporkan tidak sihat ketika di sekolah sebelum dia pergi mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Kedah.

Difahamkan guru wanita itu adalah isteri kepada seorang ahli politik di Kedah yang berkempen di Sabah ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) itu baru-baru ini.

Tinjauan Astro Awani di sekolah mendapati ibu bapa mula membanjiri sekolah dan menunggu anak masing masing menjalani ujian saringan COVID-19. - Foto Astro AWANI

Kira-kira 600 murid di sekolah berkenaan menjalani ujian terbabit dan mereka diarahkan kuar4ntin di rumah sementara menunggu keputusan keluar.

Situasi C0VID-19 di Pulau Pinang pada ketika ini merekodkan jumlah kumulatif 144 kes yang mana 137 kes sembuh, lima kes aktif dan dua kem4tian.

Sumber: Berita Harian

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.