Skip to main content
Gara2 gosip bercinta dgn anak gadis Sharifah Zarina, Kontrak Kerja Alvin Digugurkan

Penyanyi dan pelakon Alvin Chong meluahkan rasa kece-wa apabila kontraknya dengan sebuah syarikat aplikasi gara-gara gosip bercinta dengan gadis bawah umur.

Gosip tersebut juga menyebabkan penyanyi Sayang Salmah itu dituduh ped-ofilia.

"Saya kecewa disebabkan berita tidak benar dan tidak masuk akal, kontrak saya dengan sebuah syarikat aplikasi dibatalkan.

"Saya tidak menyalahkan mereka tetapi saya agak terk-ilan kerana impak kontrov-ersi tersebut terhadap diri saya agak besar sebenarnya.

"Bukan saya saja tapi Athalia juga terte-kan dengan isu ini. Saya kasihankan dia kerana dia akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini,"kata Alvin.

Alvin ketika ditemui Gempak pada Jumaat, turut menafikan mempunyai hu-bungan cinta dengan Athalia Deena Buawani yang juga anak kepada penyanyi Sharifah Zarina.

"Tak sangka pula TikTok dimuat naik Athalia boleh menjadi isu sehingga ada yang menu-duh kami bercinta.

"Kami berjumpa atas dasar kerja malah, ibu Athalia sendiri yang menghantar dia ke sana," ujarnya.

Bagaimanapun Alvin berkata dia tidak bercadang untuk mengambil tindakan terhadap individu yang mencetus kontrove-rsi tersebut.

"Biarlah, cuma saya akan lebih berhati-hati selepas ini dan jadikan perkara ini sebagai pengajaran dalam hidup saya," katanya ketika ditemui pada sidang media terge-mpar yang diadakan di Universal Music sebentar tadi.

Sementara itu ibu kepada Athalia mengakui menghantar anaknya bertemu Alvin atas dasar kerja.

"Ya saya tahu mereka ada urusan kerja dan saya yang hantar Athalia pada hari tersebut. Saya dan anak saya tidak pernah berenggang dan saya tahu setiap aktiviti dilakukan," katanya.

Pada Sabtu lalu nama Alvin menjadi perbualan hangat di laman sosial Twitter apabila warganet membuat spekulasi dia bercinta dengan gadis bawah umur.

Alvin Chong Chean Wah atau lebih dikenali sebagai Alvin Chong merupakan seorang pelakon, penyanyi dan pengacara Malaysia kelahiran program realiti, Astro Star Quest (ASQ).

Beliau mula menempa nama dalam industri hiburan melayu menerusi drama popular, Dia Semanis Honey.

Kini mendapat tempat di hati peminat dan penonton menerusi wataknya dalam drama adaptasi novel, Tolong Sempurnakan Cerita Mami yang antara lain ditunjangi Isyariana Che Azmi, Fizz Fairuz dan Fatimah Noryyah.

Biodata

1. Nama sebenarnya, Alvin Chong Chean Wah. Menggunakan nama komersial, Alvin Chong.

2. Kelahiran Gua Musang, Kelantan pada 23 Januari 1991. Kini berumur 29 tahun.

3. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

4. Merupakan penyanyi dan pelakon yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2012.

5. Bakatnya dikesan menerusi rancangan realiti nyanyian, Astro Star Quest (ASQ).

6. Antara single dipopularkannya termasuk Lagu Mu, Perfect, Don't Ask Me Why, Oh, Born This Way, Mencintaimu dan We Got This.

7. Drama dibintanginya seperti Dia Semanis Honey, Suri Hati Mr. Pilot dan Mak Cun.

8. Penglibatannya di layar lebar menerusi filem 3 Brothers, The Dream Boyz dan Huat The Fish.

9. Memegang peranan sebagai hos program I Can See Your Voice Malaysia bersama rakan gandingan, Shuk Balas.

Fakta Menarik

Berketinggian 1.75 meter.

Berketurunan Cina dan beragama Kristian.

Bernaung di bawah syarikat 360 milik Universal Music Malaysia.

Boleh bertutur dalam bahasa Melayu, Hokkien, Mandarin dan Inggeris.

Pernah menghasilkan single berbahasa Inggeris bersama penyanyi Filipina, Isabela Vinzon berjudul 'We Got This'.

Merupakan teman rapat kepada aktor Fattah Amin.