Skip to main content
Fazura selamat lahirkan bayi perempuan. Tapi Fattah Amin maaf kepada semua

Kuala Lumpur: Pelakon popular, Fazura selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, hari ini.

Suaminya yang juga pelakon popular, Fattah Amin menerusi satu hantaran di Instagram berkongsi khabar gembira itu dan bersyukur bayi berada dalam keadaan sihat dan sempurna.

" Syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah SWT. Kiriman agung pertama kami selamat dilahirkan pada hari Jumaat yang mulia ini. Cahaya mata perempuan yang sihat dan sempurna ini sangat membahagiakan kami berdua dan keluarga," katanya.

Fattah turut memohon maaf kerana tidak dapat berkongsi nama dan wajah anaknya buat masa ini.

"Di sini juga kami ingin memohon sedikit masa bagi merahsiakan nama dan wajah anakanda tersayang sehingga selepas tujuh hari selaras dengan sunnah Rasulullah SAW.

HANTARAN dimuatnaik Fattah mengenai kelahiran anak perempuan sulungnya. FOTO Instagram HANTARAN dimuatnaik Fattah mengenai kelahiran anak perempuan sulungnya. FOTO Instagram "Terima kasih kami ucapkan buat anda semua yang tidak henti-henti mendoakan kami bertiga sejak awal sehingga Fazura selamat melahirkan, " katanya.

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 selepas dipertemukan dalam drama bersiri, Hero Seorang Cinderella.

Rata-rata peminat mengucapkan tahniah kepada pasangan ini

"Tahniah..fazura dgn fattah..semoga menjadi ibubapa yg bertanggungjawab dunia akhirat

" bagus tu, insyaAllah terhindar dr ape nama ntah peny—akit tu, yg aku tau memang ta elok tunjuk muka baby baru lahir.

"Tahniah..sebagai tanda kesyukuran marilah kita mengucapkan alhamdulillah bersama-sama

Secara umumnya, harus untuk memberikan nama kepada bayi yang baru dilahirkan pada bila-bila masa sahaja selepas kelahirannya. Tiada waktu tertentu yang dilarang untuk memberikan nama kepada bayi yang telah dilahirkan.

Imam Ibn al-Qayyim al-Jauziah Rahimahullah telah berkata: "Sesungguhnya pemberian nama pada hakikatnya adalah untuk mengenali sesuatu yang dinamakan ke atasnya. Ini kerana jika terdapat seseorang yang tidak diketahui namanya, maka tiada siapa yang dapat mengenalinya. Maka, harus untuk memberikan nama pada hari kelahirannya, atau diberikan nama pada hari ketiga daripada hari kelahirannya, atau diberikan nama pada hari aqiqahnya, atau sebelum daripada itu mahupun selepasnya. Perkara ini terdapat keluasan padanya" Rujuk Tuhfat al-Maudud bi Ahkam al-Maulud (hlm.111)