Skip to main content
Enggan Ke Rumah Kebajikan Lain, 2 Beradik Tinggalkan Nota & Nekad Larikan Diri

Sharing is caring!

Tidak semua orang bernasib baik dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sempurna. Bagi segelintir individu terutamanya anak kecil, pemergian orang tua antara ujian terbesar dalam hidup. Mungkin itulah kata-kata yang begitu tepat bagi menggambarkan nasib dua beradik ini.

BACA : Tak Tertanggung Rindu Pada Ayah, Anak Yatim Ini Teringin Makan Di Tepi Pusara..

Sejak Selasa lalu, mendapat perhatian ramai mengenai dua kanak-kanak dilaporkan telah melarikan diri dari sebuah rumah kebajikan di Gombak. Difahamkan, dua beradik berkenaan dikatakan enggan berpindah ke rumah kebajikan lain.

Enggan Ke Rumah Kebajikan Lain, 2 Beradik Tinggalkan Nota & Nekad Larikan Diri Kredit Foto: Harian Metro

Memetik laporan daripada Harian Metro, ketiadaan kanak-kanak terbabit iaitu Fatimah Azzahrah Abdullah (11 tahun) dan adiknya Adam Daniel Abdullah (9 tahun) disedari kakitangan pusat berkenaan. Susulan itu, penjaga wanita berusia 27 tahun tersebut membuat laporan polis sekitar jam 10 malam pada keesokan harinya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Arifai Tarawe memaklumkan pelajar terbabit sepatutnya hadir ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya bagi menetapkan penjagaan baru di asrama yang lain. Namun kedua-dua mereka telah melarikan diri sekitar 9 pagi, Selasa lalu. Menurutnya, Fatimah Azzahrah ada tinggalkan nota meluahkan ketidakpuasan hatinya gara-gara akan dipindahkan dan akhirnya memutuskan untuk keluar dari rumah kebajikan itu.

Enggan Ke Rumah Kebajikan Lain, 2 Beradik Tinggalkan Nota & Nekad Larikan Diri

Sumber : Harian Metro

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!