Skip to main content
Ebit Lew, Naib Canselor & MPP UPSI Hantar 2 Lagi Bas Pelajar Pulang Ke Terengganu, Kelantan Malam Tadi

Pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew sekali lagi membantu para pelajar untuk dihantar pulang ke kediaman masing-masing memandangkan mereka terkandas di institusi pengajian tinggi akibat penularan kes Covid-19 kian meningkat.

Setakat jam ini menerusi perkongsian Facebook rasminya, Ustaz Ebit telah menghantar lagi dua bas untuk membawa pulang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim ke Kelantan dan Terengganu.

Difahamkan, beliau akan menambah lagi bilangan bas kepada lima buah memandangkan usahanya ini disokong oleh Datuk Naib Cencelor universiti tersebut. Perkhidmatan ini ditawarkan secara percuma malah para pelajar juga mendapat duit poket daripada Ustaz Ebit.

Syukur Alhamdulilllah balik Kuantan terus saya ke upsi. Malam ni saya bersama Dato VC Upsi menghantar lagi 2 bas pelajar pulang dari UPSI ke Kelantan dan Terengganu. Saya beri sedikit duit poket buat pelajar. Esok pagi insyaAllah saya sediakan lagi 5 bas free dan mengikut keperluan pelajar. Saya sedia je insyaAllah mana-mana universiti lain yang memerlukan.

Seronok tadi. Baik-baik semuanya. Terima kasih Dato VC dan pihak pentadbiran upsi semuanya termasuk MPP dan warga UPSI yang amat saya hormati dan sayangi. Dato VC minta kerjasama jika ada peluang untuk saya membimbing pelajar upsi kerja khidmat masyarakat.

Satu hari nanti kita dah tiada. Anak inilah pengganti kita. Anak-anak inilah pemimpin masa depan. Sayangi dan bimbing mereka. Kita semua sebuah keluarga.

Sumber: Ustaz Ebit Lew, Siakap Keli

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.