Skip to main content
Ebby Yus Dedah Peminat Wanita Masukkan RM30,491.93 Dalam Akaunnya..

Pelakon dan pelawak, Ebby Yus mendedahkan dia pernah menerima bantuan daripada peminatnya yang merupakan seorang wanita dari Singapura ketika menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

Menurut Ebby, wanita itu memberinya wang tunai sebanyak RM30,491.93. Ebby berkata pada awalnya dia tidak sedia menerima wang berkenaan dan menghubungi wanita berkenaan untuk menolak secara baik.

Seluruh keluarganya meminati Ebby Yus

Ebby Yus terima sumbangan RM30,000 daripada wanita misteri - Utusan Digital

"Pada awalnya, dia menghubungi pembantu saya dan menyuarakan hasrat untuk memberi sumbangan itu kerana tahu mengenai keadaan kesihatan yang saya alami.

"Ketika itu, kita semua tak dapat bekerja kerana PKP. Jadi, apabila dimaklumkan oleh pembantu, saya sendiri menghubunginya dan menjelaskan bahawa keadaan kesihatan saya sudah kembali pulih.

"Saya katakan pada dia, mohon sumbangkan doa pun sudah mencukupi. Namun, dia mendesak untuk tetap memberikan sumbangan kerana seluruh keluarganya meminati saya," katanya kepada Harian Metro.

Risau sc4mmer tapi duit ada RM40 saja dalam bank

Ebby Yus Semakin Stabil - Tempatan - Hiburan Trending - CARI Infonet

Katanya lagi, dia akui curiga dengan tindakan wanita itu memandangkan sekarang banyak kes 'scam'. Namun, selepas menyemak akaun bank memang benar wanita berkenaan memasukkan wang.

"Saya rasa sangsi juga kerana takut jika itu adalah 'sc4mmer' kerana dia meminta nombor akaun bank. Tapi, bila difikirkan semula, dalam akaun saya pun cuma ada dalam RM40 saja, jadi tak rugi pun kalau saya bagi.

"Tak lama selepas itu, sejumlah wang bernilai SGD10,000 (RM30,491.93) masuk ke dalam akaun saya. Saya macam susah nak percaya, tapi bila diperiksa berkali-kali, memang benar," katanya.

Dalam pada itu, Ebby menyifatkan individu itu umpama kiriman daripada Allah untuk membantunya. Katanya lagi, sejak hari itu dia dan wanita berkenaan sering berkomunikasi melalui telefon.

"Allah menghantar individu ini, yang bagi saya sangat berhati mulia dan ikhlas. Kalau bukan kerana situasi pandemik sekarang, saya dah ke Singapura untuk bertemu dengannya sekeluarga," katanya.

Sumber: Rotikaya

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Seni Hiburan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.