Skip to main content
Dugaan Sebelum Kahwin Is Real, Hari-Hari Gaduh – “Baling Cincin Dalam Kereta”

Sharing is caring!

Hendak jatuh cinta memang sangat mudah. Namun yang mencabarnya adalah perjalanan mengekalkan perasaan berkenaan terhadap insan tersayang. Hanya sikit sahaja ujian mendatang, hubungan percintaan boleh ranap begitu sahaja jika tidak diselesaikan dengan cermat. Lagi-lagi yang sudah mempunyai perancangan untuk berkahwin. Semakin dekat dengan hari bahagia, pihak lelaki dan wanita harus bersedia dengan dugaan yang boleh datang dalam pelbagai rupa.

BACA : Bertunang Kahwin Ni Nampak Je Indah Tapi Realitinya.. Banyak Dugaan

Dugaan Sebelum Kahwin Is Real, Hari-Hari Gaduh –

Seperti kebanyakan orang lain, sepasang suami isteri ini juga tidak ketinggalan berdepan dengan dugaan sebelum menjalin ikatan halal. Melalui Instagram lelaki bernama Ammar Azizzan, dia sempat mendedahkan detik-detik perselisihan faham yang pernah dilalui bersama isterinya, Adira Salahudi ketika bercadang untuk mendirikan rumah tangga tahun lalu. Jangan kata benda kecil, pergaduhan di antara mereka berdua tetap berlaku meskipun disebabkan oleh hal-hal remeh.

Dugaan Sebelum Kahwin Is Real, Hari-Hari Gaduh –

Bahkan dia sempat berseloroh berlakunya adegan membaling cincin di dalam kereta. Kapsyen panjang di Instagram itu turut diselitkan dengan ucapan anniversary perkahwinan mereka. Dalam sebuah posting lain juga, lelaki itu tidak ketinggalan menceritakan pula pengalaman mereka apabila dikurniakan bayi comel yang diberikan nama Arsel. Ketika ini, fasa pergaduhan seakan-akan kembali berulang kerana kedua-duanya sedang membiasakan diri selepas bergelar ibu dan ayah baru.

Dugaan Sebelum Kahwin Is Real, Hari-Hari Gaduh –

Sumber : Instagram Ammar Azizan

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Kisah Dunia di https://t.me/kisahdunia

Sharing is caring!