Skip to main content
Dr. Zulkifli Disahkan Positif C0VlD19. Ini Kenyataan Dari Bekas Mufti WP Tentang Apa Yang Terjadi

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan positif Cov-19.

Melalui ciapan di laman sosial Twitternya sebentar tadi, beliau menyatakan kini sedang menjalani rawatan seperti diarahkan Kementerian Kesihatan dan kesihatannya adalah baik.

"Saya seru orang ramai yang hadir majlis yang melibatkan kehadiran saya dari 24 September hingga 4 Oktober agar menjalani pemeriksaan saringan Cov-19 dengan segera," tulisnya.

Beliau mendoakan semoga Allah SWT sembuhkan dan selamatkan rakyat Malaysia daripada Covid-19.

Kenyataan Rasmi Dr Zulkifli Di Laman Sosial (Instagram)

Kepada Allah saya berserah, kepada-Nya jua saya memohon pertolongan.

Seperti yang telah saya maklumkan dalam kenyataan pada hantaran (posting) sebelum ini, saya telah disahkan positif oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Saya mohon maaf atas sebarang bentuk kelemahan dan kekurangan daripada diri saya.

Insya-Allah, bantuan #MusaadahKhasSiswa Siri 2 yang saya janjikan semalam kepada siswa yang terkandas, tetap akan diteruskan oleh agensi-agensi agama di bawah saya.

Program-program #MusaadahCOVID19 yang telah diaturkan, akan terus dijalankan seperti biasa di seluruh Malaysia. Masih ramai yang memerlukan bantuan kewangan, barangan asas, makanan dan lain-lain dalam tempoh yang getir ini. Sejak Mac, bantuan disalurkan tanpa mengira agama dan bangsa.

Pandemik COVID-19 benar-benar mengajar saya erti kebersamaan. Saya akan pastikan semua bantuan sampai kepada sasaran, insya-Allah.

Saya berdoa kepada Allah SWT semoga Allah SWT selamatkan dan sembuhkan rakyat Malaysia yang menghidap COVID-19 termasuk diri saya.

Saya sayang anda semua. Patuhi semua SOP yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara di mana jua anda berada.

Orang ramai yang menghadiri majlis yang melibatkan kehadiran saya sepanjang 24 September hingga 4 Oktober diminta menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.

Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah bertambah baik. Terima kasih kepada Menteri Kesihatan Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan para doktor serta barisan hadapan yang amat prihatin dengan keadaan saya. Sekian, terima kasih.

Sumber : Kosmo Online / IG drzulkifli.albakri